Rabu, 28 Disember 2011

Makna perkataan Menyuruh Berbuat Ma’ruf ( Kebajikan) di dalam al-Qur’an



بسم الله الرحمن الرحيم

104. وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Aal Imran, 104)

Bagi kita semua menyuruh berbuat ma’ruf bermaksud, menyuruh perkara-perkara yang baik.

PerkataanMar’ruf di dalam kamus Arab al-Marbawi ada dua makna, :

1. Yang dikenal, Yang Mashor.

2. Kebajikan, kebaikan.

Namun adakah maksud perkataan ma’ruf yang kedua itu adalah perkataan asal? Lalu kalau bukan perkataan asal, kenapa ia digunakan untuk suatu perkataan yang bermaksud kebaikan dan kebajikan.? Adakah ada tujuan tertentu kenapa perkataan mashor dan dikenal digunakan sebagaisesuatu yang baik.

Kerana amat ganjil sekiranya orang tidak tahu erti ma’ruf sebagai kebajikan tetapi hanya tahu maknanya sebagai yang dikenal, kemudian ia melafazkannya dan menyuruh orang lain untuk berbuat kebajikan sedangkan ia tidak tahu erti ma’ruf itu adalah bermaksud kebajikan.

Atau adalah amat bahaya sekali bila kita tidak mengetahui cara menyuruh seseorang berbuat ma’ruf sedangkan orang yang disuruh berbuat ma’ruf itu tidak tahu apa perbuatan yang baik dan tidak tahu pula apa perbuatan yang kurang baik dan tidak baik yang disuruh itu.

Bila kita lihat dalam kamus, perkataan Asal Ma’ruf ialah dari ‘
Arafa. عرف bermaksud “tahu” oleh itu maksud perkataan Ma’ruf yang asal ialah maksud perkataan yang pertama di atas. Manakala asal maksud perkataan kedua pula iaitu kebajikan, tidak ada disebutkan dalam erti perkataan ‘Arafa عرف .

Oleh itu kenapakah sesuatu yang berkebajikan digunakan dengan perkataan ‘Arafa.
عرف.? Adakah kerana perkara-perkara yang berkebajikan itu sudah diketahui, atau orang yang suka membuat kebajikan itu akan menjadi lebih dikenali dari orang yang suka membuat kejahatan. Kerana dalam bahasa Englishnya, mengikut kamus Dewan, orang yang suka membuat kebajikan dan disukai ramai adalah orang yang “popular” dari orang yang kurang membuat kebajikan. Apatah lagi orang yang jarang membuat kebajikan.

Namun pada pendapat saya ianya adalah lebih jauh dari itu. Ma’ruf yang bermaksud kebajikan dan kebaikan itu sebenarnya perlu dan wajib diajarkan secara menyeluruh kepada segala gologan masyarakat dan masyarakat pula wajib mempelajarinya dengan kewajipan fardhu ain. Tidak ada siapapun yang terkecuali dari tidak perlu mempelajarinya.

Manakala perkara-perkara yang tidak baik pula, walaupun ia perlu dipelajari, tetapi tidaklah perlu diajarkan secara besar-besaran. Bahkan pengajarannya perlu ditutupi dan disembunyikan dan hanya akan diajarkan ketika perlu sahaja. Tujuannya ialah agar manusia yang mempunyai nafsu dan selalu berniat kurang baik tidak terlintas fikiran untuk melakukan kejahatan yang disebutkan.

Bayangkanlah, walaupun berapapun peringkat umur nya dan walau siapapun ia, Islam atau bukan Islam, samada tua atau muda, kecuali kanak-kanak tadika. Bila pelajaran sex diajarkan dan pelajar-pelajar itu pula becampur lelaki dan perempuan.



Anak-anak perempuan yang normal, anak-anak lelaki yang baik dan berakhlak mulia akan malu dibuatnya.

Image Detail

Begitu juga dengan perkara-perkara negative yang lain. Seperti penyalah gunaan dadah misalnya. Ia tidak begitu perlu diajarkan secara besar-besaran. Kerana hasilnya akan sama sahaja. Bahkan anak-anak yang bermasalah semakin tergiur pada dadah tersebut. Lihatlah berapa banyak warga yang telah kecundang walaupun mereka tahu dadah itu amat berbahaya. Walaupun mereka melihat siksaan yang dikenakan amat berat. Kerana mereka akan kalah dengan tarikan wang yang akan diperolehi ketika berjual dadah. Mereka juga akan kalah dengan khayalan syurga yang akan diperolehi ketika menghisab dadah itu. Kedua-dua tarikan itu amat kuat berbanding dengan hukuman yang akan dikenakan. Walaupun dihukum bunuh dan walaupun mereka dihukum penjara seumur hidup atau rotan 10 kali sebatan.

bocah-misterius



Apa yang perlu diuar-uarkan secara besar-besaran lebih dari keburukan dadah itu sendiri ialah, mengajarkan masyarakat agar dapat menguatkan iman mereka, dan mengatakan bahawa orang yang beriman itu akan mendapat kemanisan iman seperti berada di dalam syurga.

Orang yang bertaqwa juga akan dijanjikan oleh Allah swt dengan jalan keluar dari segala masalah dan rezeki yang tidak disangka-sangka.






Dan ajaran ini hendaklah diwajibkan kepada setiap individu muslim. Sehingga setiap mereka mengenali pelajaran ini.

Maka apabila setiap warga muslim mengenali kebaikan dan kebajikan yang telah diajarkan itu, maka disanalah kebajikan dan kebaikan itu boleh dikatakan sesuatu yang ma’ruf.

Dan disanalah nanti menyuruh suatu perkara yang ma’ruf akan mudah diikuti oleh masyarakat. Masyarakat juga nanti akan mengikutinya dengan cara yang betul dan diredhai oleh Allah swt.

http://ervakurniawan.files.wordpress.com/2011/07/siluet_adzan2_boston.jpg

Bayangkanlah jika menyuruh seorang yang baru memeluk Islam untuk solat tanpa mengajarkannya bagaimana solat yang betul, bukankah salah nanti caranya akan salah.


Oleh itu, saya menyerukan diri saya sendiri, pihak-pihak yang berwajib, untuk mengajar semua orang terlebih dulu dengan cara yang baik dan betul, semua orang sebelum menyuruh mereka berbuat perkara yang akan kita suruh itu. Semoga dengan pelajaran-pelajaran yang berterusan dan meliputi segala warga nanti, akan menukar corak pemikiran mereka untuk membasmi sebarang kekeliruan dalam islam, membasmi kemiskinan, menjauhkan segala maksiat baik yang besar mahupun yang kecil.



Bahkan adalah lebih baik jika harta zakat dibaitulmal itu digunakan untuk imbalan dan tarikan kepada warga ibnus-Sabil yang bekerja sementara dinegara kita. Agar nanti jika gaji mereka
terpaksa dipotong, maka bayaran kepada mereka untuk mendapatkan gaji seterusnya boleh digunakan wang zakat itu. Bahkan saya berpendapat, kita boleh menggunakan wang zakat itu untuk menarik sebanyak mungkin warga Negara dalam dan luar negeri yang jauh untuk belajar di tempat kita.

Semoga bermanfaat. Semoga segala amalan kita diterima Allah swt dan semoga segala kesalahan kita diampuniNya jua. Aaamiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan