Jumaat, 9 Disember 2011

Al-Qur'an Zikir Seluruh Alam, Termasuk Zikir Di Alam Akhirat

Bismillah: Al-Qur'an itu ialah zikir untuk seluruh alam ciptaan Allah swt, termasuk zikir di alam kubur dan alam akhirat dan zikir ahli syurga.

وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.

Surah al-Qalam, ayat 52.

Alangkah indahnya nanti diakhirat tika mendengar suara orang membaca al-Qur'an.

Maka amat beruntunglah orang yang sering membacanya, memahaminya, menghafaznya dan juga mendalami tafsir dan mendalami segala ma'rifat yang amat banyak diperisikan bersama-samanya.

Oleh itu, marilah mempelajari al-Qur'an, masuklah pengajian al-Qur'an, pengajian tafsir, pengajian bahasa Arab di setiap kesempatan. hargai waktu yang masih ada, selagi kita masih hidup di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan