Rabu, 2 Januari 2013

Kepentingan Teguran Dan Nasihat


Bismillah:  Assalamu 'Ala Man ittaba'aa al-Huda
 
 
 
Ahli hikmah menyatakan teguran dan nasihat itu adalah sama seperti cermin. Tanpa cermin kita tidak akan tahu kesilapan kita dalam berpakaian dan sebagainya.

Bahkan teguran dan nasihat itu amat penting untuk manusia, ianya sama seperti kehidupan manusia itu sendiri.

Kerana tiada siapapun yang sempurna. Setiap manusia tentu ada silapnya, bahkan setiap manusia amat jarang yang tahu semua kesilapan dirinya sendiri walaupun ia bertugas sebagai penasihat. Oleh itu ia memerlukan nasihat orang lain pula bagi dirinya sendiri.

Oleh itu boleh kita katakan bahawa tanpa nasihat dan teguran, manusia akan buruk dan tercela segala perangainya amal perbuatannya, dan boleh juga dikatakan tiada ertinya kehidupan manusia jika tidak mahu mendengar nasihat dan teguran orang lain.

Namun siapakah yang sanggup memberikan teguran kepada kita, lebih lebih lagi dalam semua amalan kita?

Oleh itu kita perlu banyak dan sentiasa membaca dan mendengar ceramah, walaupun buku bacaan kita itu kita baca berulang-ulang.

Ingatlah bahawa masyarakat yang maju hanya lahir dari masyarakat yang banyak ilmu pengetahuannya. Ilmu pengetahuan pula hanya akan tumbuh dari pembacaan yang banyak.

Di samping itu, walaupun kita sudah banyak membaca, namun terimalah teguran dan nasihat dengan berlapang dada. Anggaplah ia suatu bonos atau hadiah hari lahir atau suatu makanan yang sedap untuk dinikmati.

1 ulasan:

  1. Dalam Al Qur'an malah banyak yang menyebutkan tentang pentingnya amar ma'ruf nahi munkar... saya pikir itu adalah bagian pokok dari nasihat dan teguran ini., sepakat! (agree)

    Salam Hijau :)

    BalasPadam