بسم الله الرحمن الرحيم
السلام على من اتبع الهدى
Sahabat-sahabat sekalian, Untuk mendapatkan doa yang makbul, badan yang sehat, fikiran yang kuat dan terang serta tenang, maka kita perlu untuk mendapatkan makanan yang HALAL lagi BAIK. Semakin ia baik, maka semakinlah lagi ia digalakkan.
Namun untuk mendapatkan suatu yang halal, kita semua tahu bukanlah suatu yang mudah. Bahkan kita juga bertemu dengan fatwa-fatwa ulama yang membolehkan kita memakan makanan yang dimasak oleh Ahlil Kitab. Dalam Hadis juga kita terjumpa sabda-sabda Rasulullah saw yang menyatakan boleh kita memakannya dengan syarat kita membaca Basmalah sebelum memakan mereka.
Tetapi apa yang menjadi masalah sekarang ialah, jika bahan-bahan yang digunakan datang dari najis-najis yang tidak akan menjadi halal walaupun kita membaca Basmalah sebelumnya, seperti darah, daging babi dan sebagainya.
Bahkan kita ketika ini lebih khuatir apabila kita terbaca dan mendengar mengenai adanya komplot-komplot yang ingin merosakkan umat Islam daripada makanan dan ubat-ubatan. Terutamanya makanan-makanan ringan dan makanan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi apabila memandangkan lemak-lemak kerbau rendah itu lebih banyak dari kerbah tinggi, lebih murah, lebih kuat dan tahan lama bahkan lebih mudah didapati Maka jika pekilang pembuat makanan itu bukan Islam, adakah pekilang itu mahu rugi. Bahkan sebenarnya ia boleh saja berbohong menyatakan ia menggunakan bahan-bahan Halal dengan membungkus bahan-bahan asas produknya dengan jenama produk bahan-bahan yang Halal, dan bila ada orang yang menspot check maka tentulah ia boleh dengan cepat menunjukkan asas barangannya itu datang dari bahan-bahan yang halal.
Oleh itu dengan adanya kekhuatiran itu dan demi mengelakkan permainan pihak yang tidak bertanggung jawab, Allahyarham Bekas Mufti Kerajaan Brunei telah menggariskan kepada kita syarat-syarat untuk menerima kehalalan suatu produk dan juga suatu restoran itu. Iaitu dengan mensyaratkan Pemilik, Meneger dan pekerjanya hendaklah orang Islam.( Hasil Perbualan Penulis dengan Bekas Setia Usaha Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Dato Seri Setia Ahmad Bokhari bin Hj Abu Hanafiah, ketika ini beliau memegang jawatan Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan Brunei dan menjadi YDP persatuan Darussyifa Warrafahah Brunei Darussalam)
Ditanyakan kenapa? katanya, Fatwa untuk Umum dengan Fatwa untuk Diri sendiri adalah berlainan. Untuk Umum perlu lebih berhati-hati.
Bila seorang pemilik itu bukan Islam, maka tentulah ia boleh memberhentikan pekerjanya yang tidak mahu menurut kata-katanya, bila seorang maneger itu pula bukan Islam, maka tentulah sewaktu-waktu ia boleh menipu bossnya yang Islam dengan membeli barangan murah tetapi tidak halal. Bila seorang pekerja pula bukan Islam, maka tentulah kita tidak akan merasa yakin apabila sewaktu-waktu, dengan rasa marah pada seseorang, ia menukar bahan-bahan yang ada kepada bahan yang tidak halal. Wa iya dzu billah min dzalik.
Jika kita mengamalkan perkara ini untuk membenarkan kehalalan suatu produk dan suatu restoran, maka tentulah nanti kita akan selamat. Amin.
Bahkan setiap pekerja, manager, dan pemilik yang Islam itu nanti sebenarnya perlu bersumpah di Mahkamah Syariah untuk kekal menjamin produk-produk mereka bersih, baik dan Halal. Agar selain dari rasa berdosa, mereka nanti turut sama akan dapat di dakwa oleh Mahkamah jika mereka ternyata memberikan sumpah Palsu.
Anda mungkin mahu membaca ini:
Sila Klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan