Ahad, 15 Julai 2012

Kuliah Subuh Sempena Cuti Ganti Hari Keputeraan




Bismillah: Assalamu Alaikum.

Kuliah Subuh Antara Blogger Sempena Cuti Ganti Hari Keputeraan.

Wahai sahabat Ana telah menasihati kamu semua, dan Ana akan terus menasihati kamu tanpa rasa bosan insya Allah sehinggalah kamu semua berubah.

Bahawa segala amalan yang kita buat walaupun kita ikhlas kerana Allah swt, bukan kerana yang lain, namun jika kita tidak mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah swt maupun Rasulnya maupun Ijma' atau kata sepakat ulama, maka amalan kita itu adalah sia-sia. Jika ketiga-tiganya tidak ada kamu perolehi maka barulah boleh kamu memakai pendapat kamu atau lebih baik lagi kamu mengambil pendapat sebahagian ulama yang pendapatnya benar-benar memuaskan hatimu.

Oleh itu sahabat, bertudunglah, Tutuplah rambutmu walaupun di dalam gambar di dalam Internet sahaja. Kerana gambar itu bukan sahaja membuatkan kamu berdosa, tetapi segala amalan yang kamu buat pada masa lalu juga akan menjadi sia-sia. Kerana Allah swt hanya akan menerima amalan yang diamalkan oleh orang yang bertaqwa.

Rendahkanlah hatimu dan ikutilah nasihat ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda "

Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada terdapat sedikit sifat sombong"


Wa iyadzu billah min dzalik.

Maka sahabat, janganlah diikuti perangai katun yang ada dalam gambar ini. Bukankah sahabat menyampah melihatnya. Maka bagaimana pula Allah swt dan malaikat. Adakah sahabat mahu menjauhkan diri dari Rahmat Allah swt.

Jika sahabat masih mahu mendapatkan rahmat dari Allah swt, maka sayangilah diri sahabat dengan mengikut ajaran Allah swt. Ikhlas kepada Allah swt hendaklah diikuti dengan mematuhi segala perintahnya, agar kita akan semakin cinta dan dicintai oleh Allah swt. Bukankah ianya sama dengan menyayangi manusia. Kalau kita cinta kepada ibu bapa, maka kita perlu mengikut segala perintah mereka. Kalau kita melawan atau mungkin lambat mengikuti, hati ibu bapa akan terguris, cinta mereka kepada kita dan cinta kita kepada mereka akan menjadi tawar atau pahit rasanya.

Sahabat, renungkanlah dan rendahkanlah hatimu untuk mengikuti nasihat Ana ini. Semoga bermanfaat. Aaamiiin. Wassalam.

1 ulasan:

  1. Terimakasih informasi nya gan,postingannya bagus, sangat bermanfaat :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    BalasPadam