Bismillah: Sahabat Marilah kita mencari cinta Allah sepenuh hati. Marilah berdoa dan berusaha agar kita lebih mencintai Allah swt lebih dari yang lain didunia ini. Marilah berdoa agar kita mencintai orang yang mencintai Allah dan agar kita cinta kepada amalan yang mendekatkan kita kepada cinta Allah swt. Marilah berusaha agar dalam segala amal kita, kita utamakan dulu untuk mendapat keredhaan Allah,
Cinta Allah itu cinta abadi. Tiada awal tiada akhirnya, tiada bandingan tiada terhingga.
Allah yang menciptakan perasaan cinta untuk manusia dan makhluknya hidup di dunia dan mengajarkan kepada kita bagaimana untuk mencintai sesuatu. Tanpa cinta, manusia dan segala makhluknya tidak akan mampu untuk hidup.
Allah yang menciptakan perasaan cinta untuk manusia dan makhluknya hidup di dunia dan mengajarkan kepada kita bagaimana untuk mencintai sesuatu. Tanpa cinta, manusia dan segala makhluknya tidak akan mampu untuk hidup.
Allah jualah yang menjadikan hati di mana cinta itu bertakhta. Menjadikan orang yang mencintai dan menjadikan orang yang dicintai.
Allahlah yang mentaqdirkan seorang itu jatuh cinta kepada seseorang yang lain dan Allah jualah yang mentaqdirkan samada cinta itu berbalas atau tidak. Allahlah yang menentukan berapa qadar kecintaan seseorang itu terhadap sesuatu dan Allahlah yang menentukan berapa kadar nikmat yang dirasa oleh seseorang itu apabila mencintai atau dicintai. Semua cinta itu sudah ditaqdirkan lama sebelum dunia dicipta.
Cinta Allah itu jua dinukilkanNya di dalam nas al-Qur'an di baris pertama permulaan surah. Di dalam lafaz Bismillahirahmanirahim. Lafaz cinta yang diabadikan melalui bibir Nabi Muhammad saw yang agung yang paling dicintaiNya dan amat kita cintai. Melaluinya Allah mengajarkan kita bagaimana cara terbaik mencintai Allah dan bagaimana mencintai seseorang.
Cinta Allah melebihi cinta ibu bapa. Kerana Allah swt jualah yang mencipta ibu bapa dan bahkan mencipta dan mentaqdirkan cinta mereka dan mengajar mereka bagaimana cara mencintai anak-anak. Cinta Allah melebihi cinta nabi-nabi kepada umatnya, kerana Allah swt jualah yang mencipta nabi-nabi itu, mentaqdirkan dan bahkan mencipta cinta mereka dan mengajar mereka bagaimana cara mencintai umat.
Tanpa cinta Allah swt kepada kita, mana mungkin kita dapat solat, membaca al-Qur'an dan mengerjakan ibadat lainnya. Tanpa cinta Allah swt pada kita, mana mungkin boleh kita rasa tenang dan nyaman. Tinggal dinegeri penguasa yang Zalim lagi kita akan merasa rimas sepanjang masa, maka apa lagi jika Allah swt tidak mencintai kita?
Sememangnya kebanyakan kita mengakui bahawa mereka cinta kepada Allah swt. Memang Ia adalah suatu perasaam luhur yang mampu dimiliki oleh setiap hati.
Namun mengapakah perasaan cinta kita kepada Allah itu tidak dapat kita luahkan dalam amalan kita? mengapakah kita bagai mencintai perkara yang lain lebih dari cinta kepada Allah?
Jawapannya ada pada diri kita, iaitu kita perlu merendahkan hati pada Allah, berdoa selalu dan berjihad sepanjang masa agar segala amal dan perbuatan kita hendaklah kita utamakan amal untuk meraih cinta Allah swt terlebih dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan