Khamis, 28 April 2011

USAHA MENYATUKAN PENDAPAT SEMUA ULAMA DUNIA

 السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم


SURAH SABA'

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ .48

Katakanlah lagi: Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Dia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib.

49. قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ

Katakanlah lagi: Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat.

50. قُلْ إِنْ ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَىٰ نَفْسِي ۖ وَإِنِ اهْتَدَيْتُ فَبِمَا يُوحِي إِلَيَّ رَبِّي ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ

Katakanlah lagi: Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri dan jika aku beroleh hidayat petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat.

51. وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ

Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab).

52. وَقَالُوا آمَنَّا بِهِ وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ

Dan (pada ketika itu) mereka berkata: Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w); (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?

53. وَقَدْ كَفَرُوا بِهِ مِنْ قَبْلُ ۖ وَيَقْذِفُونَ بِالْغَيْبِ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ

Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah).

54. وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِمْ مِنْ قَبْلُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُرِيبٍ

Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.


Adakah ada orang yang dapat hidayah dari tempat yang jauh? Adakah ada orang yang dapat hidayah jika ia tidak sentiasa bersama-sama berhimpun dengan orang yang betul

pahala yang tinggi itu terdapat rahsia yang tinggi pula. Apabila pahala yang tinggi itu berbeza dari dalam hati ulama, ada yang tinggi pahalanya ada pula yang kurang tinggi pahalanya, maka persamaan pendapat sukar dibuat jika ulama berbeza hidayat yang diterima dari Allah.

Cara terbaik dan tidak boleh diabaikan untuk ulama-ulama berijtihad ialah, mereka perlu berada bersama-sama dalam waktu sebulan dua di tempat yang paling mulia di bumi Allah swt yang tidak ada pengaruh dajjal di dalamnya untuk berijtihad. Seperti di madinah al-Munawwarah atau di Makkah. Ketika ini cara ini amat mudah untuk dibuat dengan adanya kemudahan yang wujud. Mengapa kita tidak mahu melakukannya? Pada pihak kerajaan, lakukanlah cara seperti ini untuk kamu memberikan apa-apa hukum-hakam yang berkaitan Islam, mahupun fatwa. Selain mudah berbincang dengan ulama, mendapat hidayat yang tertinggi, mesra dengan ulama, hati dan pendapat juga akan semakin bersatu. Kita bukan menyokong salafi mahupun wahabi, bahkan kita juga bukan menolak mana-mana mazhab lain, namun kita perlu mendapatkan hidayah yang tertinggi itu terlebih dulu, menyatukan hati ulama-ulama dengan kasih sayang, sebelum membuat apa-apa hukum mahupun fatwa. Allahu Akbar.

Rabu, 27 April 2011

RENUNGAN HAQIQI MENGENAI TARIAN POCO-POCO

View Image



السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم:

POCO-POCO TARIAN INDAH
INDAHKAN DIMATA SENANGKAN DIHATI
HATI TENANG SEHAT BERIBADAH
BERIBADAH IKHLAS TUNTUTAN ILAHI

ILAHI RABBI, KAMI BERMOHON
AGAR ULAMA BERSATU BERHUBUNG
MOGA PEKERTI  SEMAKIN RIMBUN
SEJAHTERA UGAMA SAMBUNG-BERSAMBUNG


RENUNGAN HAQIQI MENGENAI TARIAN POCO-POCO

Ringkasan Adab memberikan Fatwa.
  1. Jika ada di dalam al-Qur’an hendaklah mengikut al-Qur’an
  2. Jika tiada al-Qur’an hendaklah pula menggunakan hadis
  3. Jika tiada di dalam hadis hendaklah menggunakan Ijmak ulama Islam seluruh dunia
  4. Jika Ijmak Ulama Islam Seluruh Dunia sukar di dapati maka bolehlah dengan menggunakan pendapat yang (rajih) atau terbaik di kalangan ulama
  5. Jika tiada pendapat yang rajih di kalangan ulama atau jika pandangan ulama yang rajih itu memudharatkan, maka bolehlah menggunakan pendapat yang kurang rajih,
  6. Jika tiada pendapat yang kurang rajih itu jua, atau pendapat yang kurang rajih itupun memudharatkan, maka ulama-ulama di sarankan oleh syara’ untuk memberikan pendapat sendiri, mengikut adat dan sebagainya, walaubagaimanapun hendaklah sebaiknya merujuk kembali kepada pendapat yang ijmak, jika ada kesempatan mengumpul ulama setelah itu.

Soalan-Soalan 

a.       Soalnya sekarang dalam memberikan fatwa mengenai tarian POCO-POCO, adakah ulama-ulama di Malaysia telah mengambil inisiatif mengumpulkan ulama-ulama Islam seluruh dunia? 
  
b.      Atau adakah telah mengirimkan pada mereka soalan-soalan itu untuk mereka jawab dan jawaban itu dikumpulkan untuk melihat samada mereka bersatu pendapat atau tidak? 

c.       Atau adakah mereka telah kesuntukan masa untuk meminta fatwa dari seluruh ulama dunia sebelum memberikan fatwa mereka? 

d.      Jika mereka kesuntukan masa, adakah mereka telah merujuk setelah itu pada ulama-ulama dunia untuk membuat keputusan semula? 

e.      Lalu jika prosedur di atas tidak dilaksanakan adakah fatwa yang telah diberikan itu sudah kukuh setaraf dengan Ijmak Ulama?  

Jika prosedur Ijmak itu dilakukan, maka tidak syak lagi fatwa yang mereka berikan itu adalah fatwa yang Ijmak dan kukuh.

Pendapat Penulis mengenai Fatwa JMFK terhadap TARIAN POCO-POCO

Maafkan saya dari hujung rambut kehujung kaki kerana terpaksa menyentuh benda yang amat sensitif ini. Namun jika saya tidak menyatakannya, saya takut dipersoalkan di akhirat jua. Kenapa tidak menyatakan perkara yang saya tahu. Semoga penjelasan ini meemberikan ketenangan jua. Amin.

Pada pendapat saya, Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia sebenarnya betul dalam memberikan fatwa mereka, namun mereka terlepas arah sehingga ada terdapat kesilapan kecil di dalam fatwa mereka.  Selain dari tidak mendapatkan Ijmak Ulama seluruh dunia, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyebutkan fatwa itu terbalik.

Fatwa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berbunyi:-

TARIAN POCO-POCO ADALAH HALAL, MELAINKAN JIKA DICAMPUR DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH UGAMA, SEPERTI PERCAMPURAN LELAKI PEREMPUAN DAN SEBAGAINYA.

Pada pendapat saya ia perlu disebut sebagai:

TARIAN  POCO-POCO ADALAH HARAM BAGI WANITA, MELAINKAN JIKA IA TIDAK DICAMPUR DENGAN PERKARA-PERKARA HARAM DALAM UGAMA.

Beza antara kedua-dua perkara ini walaupun nampak sedikit, namun kesannya jauh beribu batu. Ia adalah umpama kita menghalalkan daging sembelih di supermarket atau mengharamkannya.
Bezanya ialah apakah yang perlu kita utamakan dan dulukan untuk disebut, halal atau haram.

Selain itu kita juga perlu menimbangkan di antara Maslahah dan juga Masalah. Mungkin sesuatu itu mendatangkan maslahah, tetapi mungkin jika tidak dijaga ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
Bila kita mengharamkan terlebih dulu baru menghalalkannya sesudah syarat dipenuhi, maka orang akan berwaspada agar jangan terlanggar perkara haram itu. Umpama berwaspada terhadap daging babi.

Namun jika kita menghalalkan terlebih dulu baru mengharamkannya jika ada perkara yang meragukan atau mengharamkan, maka orang akan kurang waspada umpama kita membenarkan makanan-makanan tin dan bungkus untuk dijual dikedai-kedai.  Walaupun sudah banyak warta-warta yang menyatakan cap-cap halal yang ditulis dari luar negeri itu meragukan, lebih-lebih lagi cap-cap yang bukan dari majlis ulama kebangsaan suatu negeri, namun dibeli dan dimakan jua. Tidak seperti daging babi. Orang akan terus menghindarinya.

Maka disinilah peranan sebutan suatu fatwa itu sehingga ia perlu diperbetulkan dan diperhalusi sebaik mungkin. Kerana apabila kita menghalalkan terlebih dulu tarian Poco-Poco itu, maka orang ramai akan membuatnya terlebih dulu sebelum bertanya adakah ada apa-apa yang terdapat dalam tarian mereka itu perkara-perkara yang haram.

Namun jika kita haramkan terlebih dulu, maka insya Allah bagi peminat-peminat yang ikhlas dan mahu beribadah dalam beriadah, mereka akan bertanya dulu syarat-syarat yang perlu untuk menghalalkan tarian itu sebelum melakukan tarian.

Pendapat Penulis Mengenai Tarian Poco-Poco
Baiklah, apa yang saya lihat, tarian poco-poco itu jika dilakukan oleh wanita sahaja, maka walaupun mereka itu bertudung lengkap, namun mereka tidak boleh dilihat atau direkam gambar mereka oleh lelaki ajnabi maupun saudara-saudara mara yang masih halal nikah. Kerana perkara ini akan menunjukkan aurat mereka di mata orang lain. Kerana dalam Islam menunjukkan bentuk tubuh kepada ajnabi jua adalah haram. Dengan tarian poco-poco, bahkan dalam apa juapun tarian maupun senam erobik, jelas ia boleh menunjukkan bentuk-bentuk tubuh wanita kepada orang lain bila mereka menggerakkan tarian itu. Oleh itu walaupun percampuran dapat dielakkan, namun pandangan lelaki hendaklah ditutup habis.

Selain itu, jika lagu mereka diganti dengan lagu-lagu dakwah, bahkan lebih baik lagi lagu-lagu memuji Nabi Muhamad saw, maka tiadalah lagi ada apa-apa kesalahan yang saya lihat di dalamnya. Mudah-mudahan bermanfaat. Amin.


Jumaat, 22 April 2011

Kuasa Allah Pada Peta Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام على من اتبع الهدى


Apabila kita renung kuasa Allah swt dengan hidayat dan kerendahan hati jua, maka Allah swt akan menunjuktampilkan pada kita kuasa-kudratNya pada setiap sesuatu yang nyata maupun yang ghaib tanpa terkecuali. KuasaNya itu pula, tentu akan kita yakini, bahwa ianya hanya menjelma dari Allah semata-mata ketika kita mengamatinya dengan sentuhan nurani kecil kita. Kerana kita yakini jua tiada makhluk yang akan mencapai bahkan melebihi pinggir batasan Ilmu yang kerdil itu tanpa adanya sentuhan seni Allah Yang Maha Esa Yang Maha Mentadbir sekalian alam.

Laksana Peta Timur Tengah atau Asia Barat yang kita hidangtayangkan ini, bila kita imbas sejarah maupun mencarigali lilipatan wawarkah manuscript atau handwrit usang yang kuno, maka kita pasti, bahawa tiada siapa yang membabahagi dan melukisbentuk pepeta tersebut melainkan mereka yang mengingkari Islam jua. Atau jika menganut Islam yang membahagibentukkan lukisan pepeta itu, maka pasti kuasa baratlah jua yang telah bersetujuteguh untuk mengesahsabitkannya di mata pengenguasa dunia.


Ternyata kuasa Allah swt memang wujud pada setiap sesuatu, walau ianya di tapak tangan pakar pengingkar.









(Sila Klik Gambar Untuk Membesarkannya)




(Sila Klik Gambar Untuk Membesarkannya)

Nama Asal Brunei




Sila klik..




Asal Nama Brunei

Mengikut pengkaji sejarah Brunei, nama perkataan Brunei berasal dari perkataan "baru nah". Dan dari dalam internet, penulis mendapati pengkaji sejarah dari Indonesia berpendapat, perkataan Brunei berasal dari nama pokok.



Berasal Porne


Selain itu penulis berpendapat, bahawa Nama Brunei itu berasal dari perkataan Porna, atau Porne, kerana berkemungkinan pulau porne ( Borneo) dinamakan atas nama Purnawarman. Berkemungkinan Pulau Borneo telah ditakluki oleh Purnawarman, maka Pulau Borneo yang ditaklukinya dinamakan dengan nama Porni atau Porne. ( Lahjah India)



Hilangnya Perkataan Warman


Warman tidak disebut pada nama pulau tersebut kerana warman adalah nama keturunan atau juga bererti Raja. Perkataan warman banyak disebut pada pemerintah dan raja raja Indonesia, seperti Mulawarman, Aditiawarman dan banyak lagi.


Porne Menjadi Poni


Walau bagaimanapun, dalam sejarah china, Pulau Porne tidak dinamakan Porne, tetapi pone atau poni atau puni. Huruf ‘R’ tidak disebut dalam nama puni ini, mungkin kerana lahjah orang-orang cina yang tidak pandai menyebut huruf ‘R’.


Menjadi Borne atau Burni


Setelah Islam tiba di Porne, Pulau Porne tidak lagi dinamakan sebagai Porne, tetapi Borne, atau Bornei, atau Borni. Huruf ‘P’ bertukar menjadi ‘B’, mungkin kerana lahjah orang arab tidak pandai menyebut huruf ‘P’. Sepertimana lafaz perkataan ‘Pepsi” bertukar menjadi ‘Bebsi’.


Menjadi Borneo


Namun apabila eropah tiba, perkataan Borne dijadikan Borneo, mungkin kerana kebiasaan orang-orang Itali yang menggunakan huruf ‘O’ dihujung kalimah mereka. Seperti “Filipin” menjadi “Filipino” dan lain-lain.


Sila klik untuk melihat jelas

Jumaat, 15 April 2011

Bismillah: Jangan Minum Coca Cola

Coca Cola Disyaki Ada Alkohol

April 16th, 2011 · No Comments · General

Laporan dari CNN, CBS dan Al-Jazeera membuktikan bahawa Coca Cola meletakkan alkohol sebagai salah satu ramuan tradisi di dalam minuman tersebut. Kementerian Pengguna juga perlu buat penyelidikan terhadap air Coca Cola ini dan umumkan di akhbar sama ada mempunyai alkohol atau tidak.



Tags: ·



Khamis, 14 April 2011

Adakah anda tahu makna 6 bulan 2 lahzah?


Assalamu ‘ala man ittaba’a al-huda

Bismillah: Adakah anda tahu makna 6 bulan 2 lahzah?


Banyak ulama bersalahan pendapat mengenai perkara ini. Ada yang mengatakannya dengan waktu bayi keluar dari perut dan semasa benih masuk kedalam rahim Ibu. Ada yang mengatakannya sebagai 6 bulan dan dua saat sahaja. Mana satukah pendapat yang betul?

Setiap anak yang lahir dari kandungan Ibu akan memakan masa biasa 9 bulan 9 hari selepas ayah dan ibunya bernikah. Ada juga yang kurang 6 bulan. Mana-mana anak yang kurang dari 6 bulan akan dikira anak haram, kecuali jika ia mengatakan bahawa anak yang dikandungnya itu adalah hasil daripada wati syubhah


Namun di mahkamah syariah, ia perlu bersumpah dan juga membuktikan dengan keterangan bahawa ia memang tidak senghaja melakukannya.


Mana-mana anak yang lahir lebih dari 6 bulan selepas nikah akan dikira anak yang sah bernasabkan ayahnya, melainkan jika ayahnya mengatakan dengan secara bersumpah li'an bahawa anak itu bukan anaknya yang sah, atau ayahnya mengaku bahawa anak itu adalah anak yang lahir dari perbuatannya yang berdosa.

Mana-mana orang yang menyembunyikan rahsia, tidak memberitahu mana-mana orang bahawa anaknya itu adalah anak luar nikah, maka ia boleh menasabkan anaknya itu kepada ayahnya mengikut hukum syara’.

Apa itu wati syubhah?

Wati syubhah bermaksud, jimak yang terlanjur secara tidak senghaja di antara lelaki dan perempuan yang tidak bernikah.

Dalam hukum syara' apabila seseorang itu menyembunyikan rahsia mengenai anaknya. Maka rahsia mereka tidak boleh dibongkar lagi apabila anak mereka lahir sesudah mencapai usia 6 bulan dalam kandungan setelah bernikah. Perkara ini disepakati ulama dan telah dibuktikan melalui teori dan praktikal doktor sakit puan ketika ini.

Terdapat satu kes di Mahkamah Rayuan Syariah Bandar Seri Begawan, seorang wanita hamil dua bulan dan di dakwa melakukan persetubuhan haram, tetapi telah terlepas dari dakwaan dengan hanya menyatakan ia telah di aniaya oleh majikannya.

Kiraan 6 Bulan Qamariah

Apabila seorang anak itu telah mencapai umur 6 bulan dalam kandungan, setelah ayah dan ibunya bernikah, maka anak itu akan dikira anak yang sah tanpa perlu diselidiki lagi. Namun sebahgian ulama ada yang mengatakan ia perlu mencapai 180 hari kerana setiap bulan ada 30 hari. Sebahagian lagi mengatakan ianya boleh sehingga 177 dan 175 hari kerana 6 bulan Qamariah itu separuh daripadanya hanya 29 hari.

Tafsiran Sebenar Makna 6 Bulan 2 Lahzah

Tafsiran sebenar bagi 6 bulan 2 lahzah sebenarnya perlu merujuk kepada tujuan 2 lahzah itu di katakan. Tujuannya ialah: bagi mengelakkan mana-mana orang yang mendakwa bahawa ia telah mengandung 6 bulan, tetapi sebenarnya ia baru mengandung 5 bulan 1/2 . Sama seperti bila di tanya pada seseorang berapa hari kamu pergi ke suatu tempat. katanya 6 hari. Tetapi jika dikira ia sebenarnya hanya berada di tempat itu antara 4 hari hingga kepada 5 hari lebih kurang. Kerana ia berada di sana pada waktu petang pada hari pertama dan balik pada waktu pagi pada hari ke 6 nya. Untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan pada kiraan lebih kurang 6 bulan ini. Imam Syafiee telah menetapkan kiraan 6 bulan lebih 2 saat. bagi mencukupkan kiraan tepat-tepat sempurna 6 bulan Qamariah.

Cara Mengira 6 Bulan Qamariah

Cara mengira 6 bulan lebih 2 saat ini, ialah dengan melihat kalendar bulan-bulan Islam. Mula-mula. lihat pada hari pertama ia nikah dan jam berapa ia masuk bilik. katakan 10 malam. Kemudian 6 bulan yang dikira pada hari ia melahirkan anak bermula pada tarikh hari ia bernikah itu. Misalnya pada hari ini 10 Jamadil Awal 1432 Hijrah. Maka 6 bulan Qamariah selepas hari ini ialah pada 10 bulan Zul Qaedah, jam 10 malam. Jika anak lahir sebelum saat tersebut, maka anak tidak boleh dikira anak yang sah nasabnya mengikut imam Syafie.

Adakah setiap anak yang lahir kurang 6 bulan itu perlu ditolak nasabnya daripada ayahnya?

Namun saat ini, telah banyak kita melihat kes-kes beranak yang lebih awal dari tempoh 6 bulan. Pengesahan terdapatnya anak yang lahir kurang dari 6 bulan Qamariah ini tidak boleh dinafikan lagi kerana telah banyak tersiar di internet dan di dada akhbar. Oleh itu pendapat Imam Syafi'ie yang tidak banyak di fahami oleh majority ulama-ulama itupun sebenarnya tidak begitu tepat lagi. Bahkan apabila ada kes yang mengatakan ada anak yang lahir sebelum 6 bulan dari tarikh nikah ibu bapanya, maka sebaiknya pengesahan daripada doktor diperlukan. Samada anak dalam kandungan itu wujud atau tidak sebelum ibu bapanya bernikah. Jika keterangan mereka disahkan oleh doktor, maka betullah anak mereka itu anak yang sah nasabnya kepada ayahnya. Tetapi jika laporan doktor mengatakan bahawa anak itu sudah wujud sebelum nikah, dan ibu bapanya mendakwa anak itu anak yang tidak cukup bulan, dan memohon pengesahan nasab anak mereka, maka sahlah juga bahawa mereka berbohong. Melainkan mereka mendakwa wati subhah daripada awal kes lagi.