Isnin, 14 November 2011

Hudud Dan Ta’zir




Perlukah Undang-Undang Perlembagaan Diubah.

Bismillah: Hudud boleh dijalankan terus walaupun tanpa meminda apa-apa undang-undang atau enakmen. Sebabnya 2 perkara. 1. Dalam bab 3. (1) menyatakan bahawa ugama Islam adalah ugama bagi persekutuan. Perkara ini menyebabkan bahawa mana-mana enakmen yang berlawanan dengan ugama adalah dengan sendirinya berlawanan dengan perlembagaan. Oleh itu mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang syarak yang tulin dan sejati adalah dengan sendirinya secara semula jadinya berlawanan dengan undang-undang perlembagaan. Oleh itu undang-undang tersebut adalah tidak sah dan terbatal setakat mana ia berlawanan.

Dalam bab 4. (1) Undang-Undang Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Maka oleh kerana Undang-undang perlembagaan telah menetapkan ugama Islam sebagai ugama Persekutuan, maka apa-apapun perkara atau undang-undang yang berlawanan dengan hukum syarak yang sebenar adalah berlawanan dengan undang-undang perlembagaaan.

Oleh itu dalam perkara ini, hakim-hakim yang membicarakan kes atau mana-mana pendakwa mempunyai dua cara untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu samada mereka berhenti dari mendakwa atau membicarakan kes sehingga Kerajaan mengubah undang-undang mengikut hukum syarak yang tulin, atas alasan bahawa undang-undang enakmen yang ada adalah tidak sah kerana ia berlawanan dengan undang-undang parliament . Atau kalau mereka mereka boleh mengikut terus hukum syara’ dengan merujuk kitab-kitab yang muktabar yang menjadi rujukan asas hukum syara’ di Mahkamah. Untuk menjalankan kes dengan hanya mengikut hukum syara’ dari kitab-kitab mu’tabar ini, Hakim dan pendakwa boleh mengatakan bahawa, oleh kerana undang-undang enekmen yang ada berlawanan dengan undang-undang perlembagaan, maka ia menjadi tidak sah secara semula jadi. Oleh itu terjadilah lacuna atau kekosongan dalam Undang-Undang secara semula jadi juga. Maka membiarkan suatu yang perkara penting tanpa ada undang-undang juga adalah suatu kesilapan bagi pihak-pihak yang di amanahkan pada mereka untuk tidak membuat sesuatu. Namun mereka juga tidak boleh mengikut Undang-Undang yang ada ketika ini kerana Undang-Undang tersebut berlawanan. Oleh itu mahu tidak mahu, mereka mesti mengikut Undang-Undang Syara’ yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar.

Konsep Keadilan

Selain itu juga, Oleh kerana prinsip Undang-undang sivil dan jenayah umum juga adalah mengikat, yang berlainan dengan undang-undang syara’ yang tidak mengikat sama sekali, maka Undang-Undang jenayah perlu mengikut common law. Oleh itu juga mereka perlu mengikut hasrat common law sebenar yang tulin iaitu mengutamakan keadilan. Keadilan dalam undang-undang jenayah pula berbentuk memberikan keinsafan kepada penjenayah dan bersifat mencegahnya dari melakukan jenayaah sekali lagi dan juga bersifat untuk menakutkan orang lain dari melakukan jenayah yang sama dan pada masa yang sama hendaklah juga memikirkan kebaikan bagi penjenayah itu agar jangan sampai hukuman yang dijalankan keatasnya itu tidak adil dan kejam.

Memotong tangan pencuri adalah jauh lebih ringan dari menghukum seseorang itu penjara seumur hidup, seperti yang banyak dilakukan oleh Israel terhadap pejuang Islam yang mereka tuduh sebagai militant walaupun orang-orang tersebut tidak dibicarakan. Bahkan jauh lebih ringan dari menghukum mati yang dikenakan terhadap pengedar-pengedar dadah. Kerana dengan memotong tangan, orang yang dipotong tangannya masih ada tangan yang satu lagi untuk melakukan kerja dan masih ada lengan untuk membawa barang dengan menyangkutkannya di lengan itu.


Memotong tangan pencuri juga merupakan rahmat kepada penjenayah itu agar ia tidak lagi melakukan jenayahnya sekali lagi sehingga ia tiada peluang untuk melakukan jenayahnya kerana kekurangan anggota tubuh untuk melakukan jenayah itu. Selain itu ia juga amat menakutkan orang yang melihatnya sehingga mereka tidak akan berani mencuba melakukan jenayah yang sama walaupun sekali.

Semua orang tahu dan berpengalaman bahawa Jenayah yang dilakukan akan merosakkan sel-sel tubuh sehingga membawa penyakit dan boleh merosakkan akal fikiran seseorang sehingga tidak boleh memikirkan perkara yang baik lagi setelah itu. Oleh itu bagi jenayah yang berat seperti mencuri, anggota badan yang membantu jenayah itu perlu dibuang untuk menenangkan fikiran penjenayah itu sendiri dari diganggu tangannya itu.

Jenayah Zina pula perlu sebatan agar badan yang digunakan untuk berzina sembuh dari penyakit HIV yang mengganggu setelah melakukan zina. Adalah kejam jika kita hanya menghukum orang yang melakukan zina dengan denda dan membiarkan seseorang itu mengidap penyakit kelamin bertahun-tahun dengan hanya memberikan ubat yang kurang mujarab kepada mereka.

Arak dan dadah mempunyai kesan yang mendalam untuk merosakkan tubuh badan. Jenayah arak dan dadah juga perlu sebatan syarie sebanyak 40 kali untuk menghilangkan penyakit dan rasa ketagih. Kerana kita tahu, bahawa salah satu cara untuk menghilangkan penyakit ialah dengan cara urut yang bertalu-talu dikenakan terhadap anggota badan yang sakit. Maka jika kita masih lagi menghukum penghisab dadah dengan hukuman sebat biasa iaitu 6 kali, maka penyakit yang disebabkan arak dan dadah dan rasa ketagih itu tentu tidak akan hilang.


Oleh itu undang-undang Syara’ adalah undang-undang yang amat tepat dan amat adil. Dan mana-mana hukuman yang tidak mencapai tujuan seperti ini adalah undang-undang yang kurang adil dan perlu perubahan segera secara semula jadi dengan mengikut undang-undang Perlembagaan.


Adakah Hudud Memudahkan Penjenayah Mengelakkan Diri Dihukum?

Jawapannya adalah tidak. Kebanyakan ulama percaya bahawa undang-undang hudud perlu dielakkan jika ada kesamaran berlaku dalam keterangan, bahkan jika saksi-saksinya tidak syiqah atau tidak adil. Walaubagaimanapun, sebenarnya semua hukuman termasuk ta’zir perlu begitu sehinggalah hakim benar-benar pasti bahawa penjenayah itulah yang melakukan jenayah itu bukan orang lain.

Hudud sebenarnya boleh dijalankan walaupun dengan kekurangan saksi, Bahkan walaupun zina sekalipun jika hakim itu percaya dengan bukti-bukti yang ada bahawa penjenayah itulah yang melakukan zina. Kerana Saidina Ali pernah membela hukuman seorang yang hendak dihukum hudud oleh Saidina Umar al-Kahttab dengan mempastikan air mani yang digunakan adalah telur. Jika air mani itu tidak masak seperti telur, maka tentu tertuduh itu akan dihukum hudud sepertimana biasa. Oleh itu bukti-bukti seperti airmani ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuktikan jenayah walau zina sekalipun dan boleh dihukum dengan hudud dan bukan lagi ta’zir jika hakim tidak ragu. Bahkan jika hakim masih ragu, bukan sahaja hudud, malah hukuman ta’zir juga tidak boleh dijalankan.



Dalil Syari'e

Dalam Kitab Sahih Muslim, Hadis 1674, Saidina Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa, Saidina Umar telah bersabda semasa menjadi khalifah, Orang yang hamil sebelum nikah boleh dihukum hudud.


Sebenarnya apabila kita berdalil kepada atsar Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw ini, Radhiallahu 'Anhum dan kita tidak menemui pula mana-mana sahabat Nabi yang menolak pendapat mereka, lebih-lebih lagi jika pendapat itu dikemukakan oleh Pemerintah tertinggi pada masa itu, maka hukum bagi perkara yang diputuskan itu sudah menjadi Ijmak ulama.


Oleh itu pembuktian hamil bagi hukuman hudud keatas perempuan yang belum berkahwin boleh digunakan.

Pengampunan Potong Tangan

Penurunan hukuman hudud potong tangan pula hanyalah untuk peperangan seperti yang terdapat dalam atsar lain yang mana Saidina Umar juga pernah mengampunkan pencuri demi memasukkannya dalam barisan jihad. Namun pengampunan ini hanya untuk memasukkan pesalah itu dalam barisan Jihad. Jika penjenayah tidak dimasukkan dalam barisan jihad, maka hukuman hudud potong tangan hendaklah diteruskan.

Percangahan Pendapat Ulama

1. Menjaga Masyarakat Dari Fitnah Dan Tuduhan Yang Membabi Buta

2. Menjaga Masyarakat Dari Maksiat Dan Kerosakan Dan Menjaga Pandangan Masyarakat Terhadap Kepercayaan Mereka Pada Ugama.

Kebanyakan Ulama yang berpendapat perlunya saksi yang cukup untuk menjalankan hudud adalah ulama-ulama yang menggunakan hadis yang bermaksud, "Jauhilah hudud dengan adanya subhah"

Oleh itu kebanyakan mereka berpendapat untuk menjaga masyarakat dan untuk menghukum penjenayah agar tidak terlepas sahaja dari hukuman, maka mereka mencadangkan ta'zir. Iaitu suatu hukuman yang lebih ringan dari hudud. Agar pembuktiannya tidak begitu ketat dan agar pihak yang dituduh pula lebih suka mengaku dari dibicarakan.

Walau demikian, bagi ulama yang mengatakan perlu mempertahankan hukuman agar jangan diubah-ubah, kerana hukuman hudud tidak boleh diubah berpendapat, hanya sumber pembuktiannya sahaja perlu diterjemahkan kepada jika pendakwa mempunyai bukti yang lain yang lebih kuat dari bukti shahid, seperti kehamilan sebelum nikah, maka bukti-bukti itu perlu diterima sebagai bukti yang boleh mensabitkan jenayah yang boleh dihukum hudud.

Pendapat Penulis
Sebenarnya jika kita terhadap kedua-dua masalah berbeza yang saya utarakan di atas, kita boleh menggunakan kedua-duanya dalam satu masa agar setiap perbicaraan dan setiap hukuman yang dijatuhkan nanti akan mengandungi kesemua sudut pertimbangan.

Meringankan beban pembuktian bukan bererti memudahkan pendakwa mendakwa siapa sahaja. Kita hanya perlu meringankan beban pembuktian kes-kes yang nyata seperti hamil sebelum nikah, atau jika menurut teknologi moden sekarang ini, ujian DNA boleh digunakan untuk mensabitkan keterangan anak yang dilahirkan. Namun bagi kes-kes yang tidak nyata dan tidak kuat, maka kita perlu mengekalkannya sebagaimana biasa.

Begitu juga kes kecurian, kes minum khamar dan kes sihir. Kita tidak perlu mencukupkan kadar dua orang saksi yang syahid untuk membuktikan kes hudud bagi kesalahan-kesalahan ini. Kerana kesalahan-kesalahan seperti ini boleh dibuktikan dengan mudahnya dengan cara yang lain.

Kesimpulan

Oleh itu saksi yang tidak mencukupi tidaklah boleh mengurangkan hukuman kepada ta'zir. Kerana hudud tidak boleh dikurangkan hukumannya. Namun cara pembuktianlah yang perlu dipelbagaikan demi tidak melepaskan penjenayah dari bebas berleluasa.

Dengan cara ini, masyarakat akan lebih yakin pada undang-undang Islam. Walaupun setengah pihak akan beranggapan bahawa dengan pengurangan syarat dakwaan ini akan membolehkan orang mendakwa sesuka hati. Maka kita menjawabnya ia akan berlainan dan dakwaan itu tidak dibenarkan sama sekali jika 4 saksi tidak mencukupi dan tidak mempunyai sebarang bukti lain.

Tetapi jika pendakwa mempunyai bukti yang lain selain 4 saksi, seperti kehamilan luar nikah. Atau hasil DNA menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang yang melakukan zina atau rogol, maka ia boleh disabitkan dengan hanya bukti-bukti ini walaupun tanpa 4 orang syahid.

Semoga penjelasan ini lebih dekat kepada kebenaran. Mana-mana yang baik adalah dari Allah swt jua dan yang tidak baik adalah dari saya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan