Khamis, 19 Mei 2011

Syarat-Syarat Halal ?


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام على من اتبع الهدى

Sahabat-sahabat sekalian, Untuk mendapatkan doa yang makbul, badan yang sehat, fikiran yang kuat dan terang serta tenang, maka kita perlu untuk mendapatkan makanan yang HALAL lagi BAIK. Semakin ia baik, maka semakinlah lagi ia digalakkan. 

Namun untuk mendapatkan suatu yang halal, kita semua tahu bukanlah suatu yang mudah. Bahkan kita juga bertemu dengan fatwa-fatwa ulama yang membolehkan kita memakan makanan yang dimasak oleh Ahlil Kitab. Dalam Hadis juga kita terjumpa sabda-sabda Rasulullah saw yang menyatakan boleh kita memakannya dengan syarat kita membaca Basmalah sebelum memakan mereka. 

Tetapi apa yang menjadi masalah sekarang ialah, jika bahan-bahan yang digunakan datang dari najis-najis yang tidak akan menjadi halal walaupun kita membaca Basmalah sebelumnya, seperti darah, daging babi dan sebagainya. 

Bahkan kita ketika ini lebih khuatir apabila kita terbaca dan mendengar mengenai adanya komplot-komplot yang ingin merosakkan umat Islam daripada makanan dan ubat-ubatan. Terutamanya makanan-makanan ringan dan makanan kanak-kanak.  Lebih-lebih lagi apabila memandangkan lemak-lemak kerbau rendah itu lebih banyak dari kerbah tinggi, lebih murah, lebih kuat dan tahan lama bahkan lebih mudah didapati  Maka  jika pekilang pembuat makanan itu bukan Islam, adakah pekilang itu mahu rugi. Bahkan sebenarnya ia boleh saja berbohong menyatakan ia menggunakan bahan-bahan Halal dengan membungkus bahan-bahan asas produknya dengan jenama produk bahan-bahan yang Halal, dan bila ada orang yang menspot check maka tentulah ia boleh dengan cepat menunjukkan asas barangannya itu datang dari bahan-bahan yang halal.


Oleh itu dengan adanya kekhuatiran itu dan demi mengelakkan permainan pihak yang tidak bertanggung jawab, Allahyarham Bekas Mufti Kerajaan Brunei telah menggariskan kepada kita syarat-syarat untuk menerima kehalalan suatu produk dan juga suatu restoran itu. Iaitu dengan mensyaratkan Pemilik, Meneger dan pekerjanya  hendaklah orang Islam.( Hasil Perbualan Penulis dengan Bekas Setia Usaha Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Dato Seri Setia Ahmad Bokhari bin Hj Abu Hanafiah, ketika ini beliau memegang jawatan Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan Brunei dan menjadi YDP persatuan Darussyifa Warrafahah Brunei Darussalam)  

Ditanyakan kenapa? katanya, Fatwa untuk Umum dengan Fatwa untuk Diri sendiri adalah berlainan. Untuk Umum perlu lebih berhati-hati.  

Bila seorang pemilik itu bukan Islam, maka tentulah ia boleh memberhentikan pekerjanya yang tidak mahu menurut kata-katanya, bila seorang maneger itu pula bukan Islam, maka tentulah sewaktu-waktu ia boleh menipu bossnya yang Islam dengan membeli barangan murah tetapi tidak halal. Bila seorang pekerja pula bukan Islam, maka tentulah kita tidak akan merasa yakin apabila sewaktu-waktu, dengan rasa marah pada seseorang, ia menukar bahan-bahan yang ada kepada bahan yang tidak halal. Wa iya dzu billah min dzalik.

Jika kita mengamalkan perkara ini untuk membenarkan kehalalan suatu produk dan suatu restoran, maka tentulah nanti kita akan selamat. Amin.

Bahkan setiap pekerja, manager, dan pemilik yang Islam itu nanti sebenarnya perlu bersumpah di Mahkamah Syariah untuk kekal menjamin produk-produk mereka bersih, baik dan Halal. Agar selain dari rasa berdosa, mereka nanti turut sama akan dapat di dakwa oleh Mahkamah jika mereka ternyata memberikan sumpah Palsu.

Anda mungkin mahu membaca ini:

Sila Klik 
Logo Majelis Ulama Indonesia Logo Halal Indonesia.Sijil Halal                                     dan





Selasa, 17 Mei 2011

Bismillah: As-Salamu Alaikum Wa Rahmatullah dan Wa 'Alaikumus -Salam Wa Rahmatullahi Wabarakatuh buat yang telah memberikan salam.

Sahabatku, ingatlah bahawa rambut wanita itu adalah aurat walaupun selembar sahaja. Ingatlah bahawa dengan hanya selembar rambut sahaja, ia sudah amat menyusahkan pemiliknya nanti di akhirat. Apatah lagi jika seluruh rambut dibuka, malah apatah lagi jika rambut itu ditunjuk-tunjuk sana dan sini.

Ingatlah bahawa neraka itu amat berat siksanya. Ingatlah juga bahawa jika perempuan menunjukkan rambut pada yang tidak halal baginya, maka ia telah menghampiri zina.

Sharekanlah foto ini untuk semua, jika anda sayang pada keluarga dan sahabat-sahabat anda. Semoga bermanfaat.

Jumaat, 13 Mei 2011

Osama Osama Osama ???

 


Suntingan Dari FB: klik 

Bismillah: Osama yang sebenar mungkin sudah tiada lagi sebelum Osama yang palsu menyamar diri. Lihatlah perbezaan mereka. Adakah perbezaan itu boleh berlaku setelah beberapa waktu?

Fathi Al-Sakandary ‎---al-jawab: ya perubahan pada wajah itu tidak mustahil berlaku, tak percaya, maka ubahlah diet kita, kita boleh ubah muka kita dari A ke B, nk muka jadi gemuk boleh nk muka jadi kurus boleh, nk kening jadi tebal sikit pun boleh, nk kening jadi nipis sikit pun bleh, nk hidung jd kembang sikit pun bleh. W/A

Mahamad Bokkhari Mohamad: Osama masa muda kulit putih. Lps tubuh Al-Qaeda banyak main tgh panas..pasal itu hitam muka dia ceria sikit sbb perjuangannya nnt membawanya ke tamanx syurga. Muka orang boleh berubah disebabkan keadaan dan kepayahan.

Bismillah: Cuba lihat pangkal hidungnya. Saya rasa sukar juga benda tu boleh jadi kecil dengan secara drastik. Bukan ka?

Isnin, 9 Mei 2011

Cut your finger if you do not like His name


Bismillah: Tanda Allah di mana-mana. Subhanallah, Islam menggunakan tanda ini untuk bertasyahhud di dalam solat mereka. Bahkan Islam menggalakan mengerjakan setiap perkara dengan tangan kanan. Lebih-lebih lagi makan. Bahkan untuk memegang suatu yang kotor dengan tangan kiri. 

Wahai manusia yang tidak menyukai nama Allah, jika kamu tidak suka nama Allah ini, maka potonglah jari kamu ini agar nama Allah itu tidak melekat lagi pada kamu. Sungguh Allah akan sentiasa bersama kamu walau di mana kamu berada. Di tangan kiri kamu juga ada di jari kelingking. Adakah kamu mahu dipotong jari-jari kamu itu. Tidakkah kamu memikirkannya.

Rabu, 4 Mei 2011

Dari Hati Ke Hati


Bismillah: 
Wahai hati, mengapa dikau hanya pandai mencari alasan untuk mengelakkan kewajipan dan perintah Allah, Namun dikau tidak mempunyai alasan untuk mencari keredhaan Allah?
Wahai hati, mengapa dikau tidak merenung ayat-ayat al-Qur'an dan menghayatinya?  Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang yang bila dibaca ayat-ayat al-Qur'an, maka hati mereka akan kecut kerana takut kepada Allah.
Wahai hati, kenapa dikau tidak takut pada Allah sedangkan dikau tahu, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang dikau bisikan pada dirimu sendiri?
Wahai hati, kenapa dikau tidak mencintai Allah sedangkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an pada setiap permulaan surah-surahNya bahawa Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Wahai hati, belumkah dikau tahu bahawa orang yang belum cinta kepada Allah swt. dan RasulNya, maka dia tidak dikira beriman, atau sekurang-kurangnya dia adalah seorang yang palsu. Wa iya dzu billah min dzalik. 
Wahai hati, Adakah dikau sudah tahu bahawa dikau tidak akan pernah khusuk dan rendah hati pada Allah swt melainkan jika dikau mencintai Allah swt lebih dari yang lain?
Wahai hati, sampai hati dikau tidak mencintai Allah dan RasulNya.
Wahai hati, mengapa dikau tergamak membiarkan umat Islam menderita dimamah dan dikeroyok oleh anjing-anjing hutan yang liar.
Wahai hati, tidak adakah sesuatu membisikan padamu agar menerima Islam setulus hati dan menjauhi musuh-musuh Allah sejauh-jauhnya?
Wahai hati, tidak adakah sesuatu membisikkan padamu untuk membantu umat Islam dan tidak memperdulikan ugutan musuh-musuh Allah itu?
Wahai hati, tidak pedulikah dikau ancaman-ancaman Allah swt pada orang-orang yang tidak memperdulikan perintahnya?
Wahai hati, tidakkah dikau melihat kesan-kesan yang terjadi pada orang-orang yang menolak perintah-perintah Allah?
Wahai hati, bukankah ujian-ujian yang telah Allah berikan padamu selama ini membuatkanmu berfikir, namun kenapa dikau masih tidak memperdulikannya, adakah dikau mahu ujian yang lebih berat lagi?
Wahai hati, segala ujian yang dikau terima dan dikau lihat pada orang-orang yang engkar sebelum ini adalah jauh lebih ringan dari siksaan Allah swt di akhirat, tidakkah dikau takut dan risau? 
Wahai hati, kita adalah sama. Kita makhluk ciptaan Allah swt. Maka janganlah dikau engkari penciptaan Allah swt itu.