Jumaat, 27 Januari 2012

Aura Dalam Ibadat ( Tip permulaan untuk insan yang baru mencari Allah)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والسلام على من اتبع الهدى



وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Al Baqarah ayat 45.



Ayat di atas bermakna, bahawa amat sukar doa kita akan makbul kalau kita tidak sabar dan khusuk. Namun makna sabar kita tahu, tetapi apa pula makna khusuk.

Biasanya orang akan membicarakan khusuk dalam solat sahaja. Tapi ayat ini pula memberikan makna khusuk di dalam berdoa, dalam kesabaran dan juga di dalam solat serta di luar solat.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri dari kesemua pengaruh itu. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian dan tidak melaksanakan solat di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik (serta gambar-gambar). Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh mengganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan kepadanya keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada suatu hari nanti… Walau bagaimanapun hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat. Justeru mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. ”

Benarlah Imam Al-Hasan ketika beliau berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.


Tuan-tuan, saudara saudari yang saya sayangi dan muliakan. Kekhusyukan yang disebut oleh ulama-ulama tadi adalah kekhusyukan di dalam solat. Namun bagaimanakah pula kekhusyukan di luar solat?




Ketahuilah bahawa khusyuk itu tidak akan dapat kita kecapi tanpa adanya ilmu yang betul dan tanpa ada mujahadah untuk mendapatkannya serta amalan yang berpanjangan dan istiqamah. Semakin banyak amalan, maka semakin tinggilah kekhusyukan yang akan dicapai.

Bahkan kita tidak akan mencapainya dengan sebaik-baiknya sehinggalah kita mencintai ibadat-ibadat yang kita amalkan itu.

Memang amat payah untuk kita mencapai kekhusukan dan seterusnya mencintai ibadat-ibadat yang kita amalkan. Namun Insya Allah swt, dengan tip yang saya berikan ini, kekhusyukan dan dan kecintaan kepada ibadat itu akan lebih mudah dan lebih banyak kita nikmati. Aaamiiin.

Ketahuilah bahawa dalam setiap solat, setiap bacaan al-Qur'an dan di setiap ibadat maupun menulis dan membaca rencana di dalam blog dan FB, kalau kita niatkan ianya ibadat, maka ia akan mengujudkan Aura Ajaib atau Nur Ilahi yang tersendiri. Kerana apabila kita beribadat dengan ikhlas, dengan sendirinya kita akan berada di alam malakut, atau alam malaikat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Malaikat, namun alam ini akan lebih mendekatkan kita kepada Allah daripada luar ibadat. Hati dan jasad kita akan terasa nyaman dan khusuk bila kita mengetahuinya dan mencarinya. Oleh itu kita dinasihatkan agar menjaga whudhu sentiasa. Kerana amat tidak sopan bukan jika kita berada di alam ini di dalam keadaan tidak suci.

Jadi kita perlu mencarinya terlebih dulu ketika solat dan di luar solat dan menghayatinya semasa kita di dalam solat. Begitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Setelah kita menjumpainya kita hendaklah merasakan kenikmatannya itu dengan tenang dan tuma'ninah, maka jangan berhenti sehingga kita berasa puas.

Bila kita menikmatinya dengan tenang dan tuma'ninah serta puas, maka barulah kita akan merasakan solat dan semua ibadat itu tidak berat. Dan insya Allah swt pula, doa kita akan dimakbulkan kerana kekhusyukan itu sesuai dengan makna ayat yang kita nyatakan tadi.

Oleh itu berusaha dan berdoalah kepada Allah swt setiap kali hendak solat dan beribadat agar mendapatkan aura tersebut dan agar aura-aura itu sentiasa diberikan kepada kita. Insya Allah pasti berhasil dan yakinlah. Dan nikmatilah aura tersebut sepuas-puasnya.

Semoga bermanfaat dan semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt dan semoga segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah swt jua. Dan semoga Islam akan menjadi umat yang terkuat dan terhebat sedikit masa lagi. Aaamiiin.

Isnin, 9 Januari 2012

Tahukah kamu Apa Kesalahan Gambar Ini?



Bismillah : Gambar ini adalah gambar yang diambil dari laman Web WIKIPEDIA. Yang menceritakan mengenai pengalaman angkasawan pertama Amerika Neil Armstrong manusia pertama kononnya yang berjaya mendarat di Bulan.

Anda tentu tahu bahawa banyak siantis bahkan ulama yang membantah kenyataan USA itu. Namun tahukah anda bahawa apakah antara bukti yang menyokong keterangan saintis dan Ulama bahawa Amerika berbohong ialah gambar ini.

Walaupun gambar ini sebenarnya diniatkan menyokong pendaratan tersebut dan nampak langusng tiada sebarang kecacatan, namun kecatatannya terletak pada bendera yang berkibar itu.

Jika bendera itu dibulan, maka mustahil ia berkebar. Sebab di bulan belum tentu ada angin. Sebab angin terjadi dengan adanya perubahan cuaca panas kepada sejuk. Jika ada anginpun sudah tentu angkasawan yang berada dikawasan yang tiada graviti itu terbang melayang.

Jumaat, 6 Januari 2012

Kesan Di Sebalik Tuduhan Penggodaman Rakyat Saudi



Bismillah: As-Salamu 'Ala Man Ittaba' al-Huda.

Baru-baru ini kita disuapkan berita yang mungkin agak mengembirakan, bagaimana pula perasaan anda? adakah anda gembira atau risau seperti saya? Iaitu bilamana wujud sebuah kumpulan Hacker yang memasuki dan merosakkan akaun-akaun kad kredit warga Israel.

Sila baca beritanya di sini:

'Saudi' hacker is based in Mexico, Israeli blogger says

7 hours ago ... Amir Fadida says he has tracked down hacker xOmar 0, says he is a 19-year old computer sciences student from the United Arab Emirates ...



World News: Alleged Saudi hacker posts more Israeli credit card ...

14 hours ago ... The hacker, who uses the pseudonym 0xOmar, had released the details of 6000 active accounts.

Saudi hacker steals 15000 Israeli credit card details - Globes

3 days ago ... Credit card details of 15000 Israeli credit cards have been stolen by Saudi hackers. The hackers claimed that they were in possession of the ...

Saudi Hackers Steal, Leak Israeli Credit Card Accounts - Dark ...

3 days ago ... Saudi Hackers Steal, Leak Israeli Credit Card Accounts. Self-professed arm of Anonymous leaks thousands of account numbers and ...

Saudi Hacker Post Personal Information of 400000 Israelis ...
3 days ago ... Saudi Hacker claiming to be a member of hacking group named GroupXP claimed to post personal information of 400000 Israelis after hacking ...

Saudi Hackers Penetrate Israeli's - YouTube
2 days ago ... Saudi hackers claimed to have released the credit card information of hundreds of thousands of Israelis, after hacking one of Israel's leading ...


Sebenarnya saya pun tidak tahu mahu berasa gembira atau tidak bila membaca berita itu.

Kalau benar dan Israel serta Amerika tidak dapat berbuat apa-apa selepas itu, maka kita ucapkan al-Hamdulillah.

Namun jikalau tipu muslihat, maka semoga Allah swt melindungi kita dari segala mara bahaya. Kalau benar pun apatah lagi jika tidak benar, adakah Israel dan Amerika tidak akan menjadikannya alasan untuk mencari warga penghacker itu dan kemudiannya mengatakan mereka berada di Saudi? Lalu mereka mahu mengejarnya seperti mereka mengejar Osama Ladin di Afghanistan.

Kita takut, jika perkara ini dijadikan alasan untuk menyerang pusat Islam di Mekah dan Madinah. Bila ianya terjadi, maka apakah yang akan terjadi selepas itu?

Selain itu, perbuatan mencuri tetap salah walau apapun alasannya. Bahkan jika seseorang itu bersalah sekalipun, orang perseorangan tidak boleh melakukan pembalasan sesuka hati. Serahkanlah hak pembalasan itu pada pihak yang berwajib.