Khamis, 6 Oktober 2011

Ta'zir Bagi Hukuman Menghampiri Zina

Assalamu 'Ala Man Ittaba'a al-Huda.

Al-Hamdulillah. Wassalatu Wassalam 'Ala Rasulillah.
Bismillah: Ulama-ulama ketika ini amat risau dengan keadaan zina yang terlalu berleluasa dan bermaharaja lela. Kalau diikutkan dengan hudud, tentu ramai yang tidak akan dapat didakwa dan didenda.

Jadi mereka sebelum ini telah mengambil ta'zir sahaja untuk mengenakan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang disabitkan atau yang mengaku.

Pensabitan ta'zir itu dikenakan dengan denda yang ringan, agar tertuduh mudah mengaku, dan diizinkan dengan dakwaan saksi yang tidak berat agar pendakwaan tidak begitu sukar.

Namun sebenarnya, perkara itulah yang lebih berat dan lebih membanyakkan kemusnahan. Kerana zina sebenarnya tidak terbendung dengan adanya ta'zir sahaja, dan kemurkaan Allah swt pula yang di dapat. Bahkan akibat-akibat zina yang jahat dan kejam yang mulanya dapat disorok dengan tiada dakwaan dan hukuman ta'zir, semakin menjadi-jadi bila ada hukuman ta'zir ini. Anak yang tidak berdosa terhukum. Ibu bapa yang bersalah hanya di denda dengan denda yang sedikit. Orang yang kaya pula tidak merasa apa-apa.

Akhirnya Orang mula tidak percaya pada Islam dan masyarakat menjadi semakin menular dan jahat.

Oleh itu pada pendapat saya, ((dan saya tidak risau samada saya ini orang yang layak atau tidak untuk memberikan pendapat. Kerana kebenaran adalah dari Allah swt jua. dan orang yang menolak kebenaran adalah orang yang yang tidak mahu menerima teguran dari Allah swt.)) Saya berpendapat Tuduhan Persetubuhan Haram yang ada pada ketika ini  selain dari pengenaan kepada hukuman hudud, hendaklah dan perlu terlalu perlu untuk ditambah dengan Tuduhan Menghampiri Zina.

Jika Ulama risau terhadap tatasusila yang memberi ancaman besar kepada kesinambungan ugama, maka ulama perlu jua meneruskan hudud bukan menukarnya kepada sistem yang lain. Kerana penukaran tersebut telah nyata kepada masyarakat dan kita semua, bahawa tiada hukuman lain yang setanding dengan hudud yang boleh mengawal segala-galanya. Bahkan kita adalah seperti menanai telur di hujung tanduk. Kita tidak dapat bergerak kemana-manapun selain dari di mana kita berada, agar telur yang kita tanai tidak akan jatuh dek kerana pergerakan kita itu.

Bergerak sedikit saja telur akan jatuh terhempas kebumi dan ia tidak akan dapat diselamatkan lagi bahkan tidak akan dapat digunakan lagi. Ia akan menjadi rosak binasa dek akibat kecuaian kita sendiri mengerakkan tanduk itu sesuka dan semau hati dan nafsu kita.

Oleh itu selain dari hudud yang berada di atas tanduk itu. Maka untuk mengelakkan diri kita keletihan menanai telur yang semakin lama semakin terasa berat di atas tanduk. Badan kita pun sudah lengoh kerana duduk terlalu lama bertahan tidak bergerak. Maka jalan sebaiknya untuk tidak membiarkan telur terhempas ialah, kita perlu ada jaring di sisi tanduk untuk menahan tanduk itu dari terlepas jatuh begitu sahaja.

Maka dengan jaring yang kita hampargantungkan dikeliling tanduk itu, kita berdoa mudah-mudahan, usaha kita untuk membasmi gejala dan gejolak sosial yang pahit dan masam itu tidak akan selamanya pahit dan masam.
Kerana Tuduhan Menghampiri Zina bukanlah tuduhan zina, Jadi ia bukan tuduhan yang memerlukan syarat-syarat hudud yang ketat. Tuduhan menghampiri zina boleh dituduhkan kepada perempuan yang mengandong dan melahirkan tanpa suami. Kerana manalah tau ia membela diri kerana dirogol oleh kawannya. Jadinya kalau dituduh ia menghampiri zina,  dan dipersoal kenapa ia merelakan dirinya berjalan dengan kawannya di tempat sunyi, maka perempuan itu tidak akan dapat mengelak dari tuduhan menghampiri zina.

Tuduhan menghampiri zina boleh dikenakan hukuman ta'zir sehingga sebatan. Tuduhan menghampiri zina juga boleh dikenakan hukuman denda dan penjara yang lebih berat dari yang ada sekarang.

Namun tuduhan ini tidak sampai kepada Zina. Anak yang lahir dari tuduhan ini bukan di namakan anak zina. Anak ini tidak akan merasa malu dan akibat kejahatan ibu bapanya dari lahir hingga ia meninggal dunia.

Biarlah ibu bapanya sahaja menanggung akibat kesalahan mereka. Jangan anaknya yang tidak bersalah.

Tuduhan menghampiri zina juga akan menyebabkan orang mudah mengaku bila hukuman ta'zirnya sedikit.

Tuduhan menghampiri zina juga akan memudahkan pendakwaan, walaupun pendakwa hanya melihat sampel dokumen keterangan dari hospital sahaja. Bahawa perempuan yang mengandung itu telah mengandung di luar nikah.

Tuduhan menghampiri zina akan menyelamatkan saksi-saksi dari tuduhan qazaf.

Malah tuduhan menghampiri zina adalah lebih dekat kepada kebenaran kerana Allah swt telah mengharamkan penghampiran kepada zina itu di dalam al-Qur'an. Dan makna menghampiri zina itu adalah umum dan boleh dikiaskan kepada apa-apa keadaan pun yang tidak boleh dihukum dengan hudud.

Tambahan
Bismillah: Tuduhan Zina jauh lebih mengaibkan dari Tuduhan menghampiri Zina. Sebab itulah kenapa Tuduhan persetubuhan Haram ketika ini yang mempunyai hukuman denda dan penjara biasa itu perlu ditukar kepada tuduhan menghampiri Zina.

Saya rasa orang tidak akan merasa malu dengan tuduhan menghampiri zina sekarang ini. Bahkan anak-anak yang lahir dari tuduhan inipun tidak perlu di katakan anak zina.

Inilah yang kita mahu jaga sebenarnya. Agar jangan sampai orang lebih berani menasabkan anak mereka kepada anak zina daripada mengakui berzina. Jika mereka tidak berani mengakui zina, maka mereka juga tidak akan berani mengakui anak mereka anak zina. Anak akhirnya selamat dalam berbagai aspek. Aspek nafkah, Aspek penjagaan, Waris, Maruah dan sebagainya.

Mengenai dengan hukuman sebat yang saya cadangkan, sekarang ini, orang yang kena sebat, terpaksa kena penjara, bila penjara pula kena buang keraja.

Inilah masalah yang boleh saja berlaku di mana-mana. Kalau boleh di amend perkara ini lagi bagus. Orang yang kena sebat tidak boleh dipenjara dan jangan dibuang keraja. Bahkan saya berpendapat mereka boleh merayu kepada kerajaan kalau majikan mereka membuang mereka keraja, kerana tuduhan menghampiri zina ini.

Namun bila tuduhan Zina dikenakan, maka bukan saja kena buang kerja. Bila sabit saja tuduhan itu. Tentulah ia lebih buruk akibatnya. Rejam sampai mati dan sebat 100 kali. Ia jauh lebih buruk dari di buang kerja.

Mengenai ta'zir yang boleh sampai kena sebat ini. Ia boleh dipinda dari masa kesemasa. Jika ia tidak baik, kita boleh kurangkan. Jika ia baik maka dikekalkan.

Mengapa Perlu Perubahan?. Selain persetubuhan Haram, kita hanya ada hukuman khalwat sahaja. Namun jika persetubuhan haram tidak boleh dikenakan kepada orang yang sudah mengandong kerana mereka boleh mengelakkan diri dengan apa jua alasan, maka kita tidak ada hukuman lain selain hukuman Khalwat sahaja yang tinggal. Namun hukuman Khalwat sahaja sebenarnya tidak begitu berat untuk sudah orang mengandung ini.

Jadi jalan terbaik ialah menambah pindaan undang-undang dengan mengadakan bab kesalahan yang baru iaitu,
KESALAHAN MENGHAMPIRI ZINA.
Tambahan kedua
Bismillah: Mungkin segelintir pihak akan bertanya secarikmana pentingnya lembaran pindaan ini untuk dipindasuai, sedangkan Hudud belumlah lagi diamallaksanakan, kenapa tidak diistiharlaksanakan hudud terlebih dulu dan kemungkinan berbagai lagi persoaltanyaan yang mungkin akan dilemparadukan pada saya dalam liputan rencana ini.

Pada hemat saya, pindaan kanun kesiksaan atau pindaan hukuman kesalahan terhadap pesalah menghampiri zina ini adalah amat perlu hampir selaras dengan keperluan hudud jua. Bahkan ia akan mencantikkan  hudud jika diamallaksanakan pada zaman ini, bukan bermaksud hudud itu belum lengkap dan belum cantik. Namun ia akan mengelakkan segala alasan kepurataan pihak yang enggan memihak pada perlaksanaan hudud.

Dengan pindaan ini, mereka yang membantahujudkan kanun hudud insya Allah tidak sekali-kali akan ada alasan yang logik lagi kenapa hudud tidak boleh diamallaksanakan. Bukankah sebelum ini mereka dengan tegas berpendapat, jika hudud dan prosedur hudud dilaksanakan, maka banyaklah kes zina akan terlepas, tidak di dakwa dan tidak pula dihukum.

Mereka tidak merasakan hikmah bagaimana melepaskan 10 orang bersalah lebih baik dari mengenakan hukuman terhadap seorang yang tidak berdosa. Bahkan bukankah dengan menghukum ibu bapa yang bersalah, maka anak yang tidak berdosa akan merasa malu dan hina. Malah berbagai akibat akan mereka rasakan dari sejak mereka lahir hingga dewasa bahkan hingga meninggal dunia.

Jadi untuk mengelaksirnakan mereka dalam apa jua hasrat untuk membantahbasmikan cita-cita mengangkat citamurni menegakkan kanun hudud itu, maka disitulah pindaan ini kita lihat perlu dibuat. Oleh itu, kita akan memandang jika  masih ada pihak yang mengelakkan diri mereka tidak mahu hudud di jalankan dengan alasan yang sama atau seakan-akan serupa, maka alasan mereka tentulah tertolak.

Pindaan yang diusulutarakan ini jua bukanlah dimaksudkan hendak menidakkan atau mendahului hudud, bahkan ia dimaksudkan sebagai jalan kedua bagi setiap langkah menuju bicara bagi pihak pendakwa yang menemui jalan buntu untuk menumpaskan jenayah Zina yang bermaharaja lela.

Oleh itu mereka perlu mengkajiteliti dalam kes-kes hudud, pada setiap kes demi kes sehingga payu dihati mereka bahawa apa yang mereka hendak hantardakwakan kepada Mahkamah Syariah bukanlah kes ta’zir tetapi hudud yang boleh diperolehi kesaksian dengan pasti. Dan saya yakin mereka tentu sukar untuk memperolehi kes-kes yang seperti ini melainkan mereka perlu menghadapkan kes khalwat jua ataupun semogalah diluluskan usulcadangan pindaan kepada kanun kesiksaan ini agar pihak pendakwa dimudahkan semudah-mudahnya mengorak langkah membasmi kepahitan tatasusila masyarakat yang mendekati hari-hari akhirnya ini.

Kita tiada jalan lain lagi, kita tiada sumber penepis sebarang akibat dari kemurkaan Allah swt jika kita mendakwabicarakan seseorang dengan dakwaan zina tanpa sebarang benteng dibelakang kita. Maka benteng itulah yang perlu kita ujudkan bersama-sama serangan jihad kita yang sudah kewalahan ini agar setiap serangan yang kita rancang ada rancangan taruhan lagi yang akan menyambutnya.

 Jika seorang anak dara yang mengandung  tidak mahu mengaku zina, maka dimanakah kita akan dapat mencari saksi untuk mengatakan ia berzina, jika ia mengatakan ia diberikan ubat pelali, dan semasa ia tidur ia diperkosa dan ia tidak tahu siapa yang memperkosanya. Sedangkan pendakwa tahu siwanita hidupnya penuh dengan pesona cinta jejaka keliling kota.

Maka apakah hukuman yang layak bagi siwanita, adakah hukuman khalwat sahaja atau, dia didakwa dengan dakwaan yang lebih berat dan menakutkannya untuk mengulangi semula perbuatannya yang bebas bergaul dan bercinta dengan siapa saja. Saya percaya semua kita orang yang waras dan penuh iman di dada mahu siwanita dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari yang ada. Namun siwanita tidak boleh didakwa dengan dakwaan zina, kerana haram hukumnya mendakwanya seperti itu, siapa tahu memang benar ia tidak berdosa, menghukumnya zina akan membawa akibat yang tidak baik pada anaknya dan pada siwanita itu sendiri.

Kita juga tidak boleh menambah asnaf yang lapan itu untuk memasukkan siwanita hanya kerana siwanita dipenjara dan dibuang kerja. Oleh itu wajarlah kiranya, jika setiap hukuman menghampiri zina ini akan dikenakan dengan sebat dalam beberapa pukulan sahaja. Tanpa perlu dipenjara dan tanpa perlu didenda.

Hukuman sebat akan memberikan keadilan yang sewajarnya. Tidak kira kaya miskin tua dan muda. Cuma yang muda perlu lebih banyak sebat dari yang tua.
Kerana orang yang kaya tidak akan merasa apa-apa dengan denda yang ada. Orang yang miskin jika didenda pula akan menyebabkan keluarganya pula menanggung akibatnya. Hukuman penjara pula adalah hukuman yang selesa. Yang tidak baiknya, ia akan menjadikan orang yang dipenjara dibuang Negara atau dibuang kerja. Padahal hukuman dibuang kerja tidak dimasukkan dalam sebarang akta. Dimanakah keadilan kita?. Maka wajarlah diingatkan dalam setiap hukuman yang ada agar pihak yang disebat dari hukuman ta’zir menghampiri zina itu tidak boleh dipenjara dan tidak boleh didenda.

Semoga bermanfaat. Amin.