Rabu, 15 Jun 2011

PUM Gesa Dakwa Pelukis Hina Islam

Atau Ada Cadangan Lain?

Maaf Kartun Tidak Di Siarkan ... 
 

Harakahdaily   



  

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam.

“Perkara ini tidak harus dibiarkan,” ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu.

Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya lagi.

Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak  konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama.

Apa Pandangan Kita?

Kartun itu memang Jahil.

Dakwaan Rogol Sebenarnya boleh disabitkan dengan bukti-bukti lain.

Umpama: 

1. Kesan Calar atau gigitan di Badan Perogol kerana perlawanan mangsa saat awal.

2. Kesan Koyak di Baju Perogol Bahagian Depan (Bukan Belakang)

3. Kesan kesan koyak di pakaian mangsa. ( Bukti nombor 2 dan 3 ini sama seperti cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha. Jadi jangan kata Islam tiada cara untuk membuktikan rogol.dan jangan hina Ugama Islam sembarangan)

4. Kelamin mangsa koyak, kesan lebam di badan mangsa kerana dipukul oleh perogol.

5. Air mazi mangsa tidak keluar.

6. Mangsa di bawah umur akil baligh.

7. Ada bukti penculikan atau penderaan atau ugutan atau paksaan atau di dalam badan mangsa terdapat kesan-kesan ubat khayal yang menjadikan mangsa tidak siuman semasa dirogol.


Namun ,,,
Siapa yang akan membuat dakwaan terhadap penghinaan itu?

Dalam Kategori apakah kes itu nanti akan di masukkan. 

Adakah ia Kes Jenayah Atau Kes Penghinaan atau Fitnah?

Adakah ia Kes Jenayah Islam, Atau Kes Jenayah Sivil?

Jika Kes Jenayah Adakah Pihak Kerajaan akan membuat dakwaan itu pada Surat Khabarnya atau sekurang-kurangnya Surat Khabar yang menyokongnya?

Atau Sekurang-kurangnya Mahukah Pihak Kerajaan mendakwa Pelukis dan Ketua Surat Khabar itu untuk menghilangkan kesan arang dimuka sendiri?
Jika Kes Penghinaan atau Fitnah, Siapakah yang paling berhak untuk membuat Dakwaan itu?

NGO Islam? Dan Adakah mereka akan dibenarkan oleh undang-undang?

Jika tidak dibenarkan oleh undang-undang pendakwaan itu, maka adakah Cukup dengan permohonan Maaf Sahaja?

Jika perlu dibayar dengan pampasan, kepada siapakah nanti dibayar Pampasan Bayaran Penghinaan itu? 

Adakah di bayar kepada pihak kerajaan semula yang menjaga Baitulmal  kerana bayaran kepada orang Islam perlu dibayar kepada Baitulmal. 

Atau dibayar terus kepada Fakir Miskin atau mana-mana Asnaf yang berhak? 

Atau anda mempunyai cadangan yang lebih bernas dan menarik hati semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini. Atau anda mahu dengan adanya kes ini, anda mengambil peluang di dalam nya agar Syi'ar Islam di dalam undang-undang Negara itu dinaikkan dengan setinggi-tingginya?

Ya jika kita bijak dan Allah berkenan, Insya Allah, dengan kes ini kita boleh menukar undang-undang Jenayah Sivil kepada Hudud. Siapa yang boleh melakukannya?



Bagaimana caranya?

Sebenarnya dengan Video atau dengan pengakuan seseorang sahaja tanpa ada bukti sampingan yang kuat, tidak boleh membuktikan Kes samada dalam Islam atau pun Sivil. Namun jika ia boleh  di dakwa dan dibuktikan jua, bermakna perjalanan pendakwaan dan perbicaraan itu dari Awal hingga Akhir dan juga keputusannya adalah keputusan yang tidak adil.

Jika Undang-undang Sivil pernah menerima dakwaan seperti itu, bermakna Mahkamah Sivil itu sendiri telah menghina dirinya hingga menyebabkan ia tidak dihormati dan tidak ada kredibiliti lagi untuk menjalankan setiap kes.  Mahkamah terlalu penting untuk mengamankan masyarakat. Namun jika mahkamah tidak lagi dapat dipercayai kerana pernah melakukan ketidakadilan. Maka negara akan hancur dibuatnya. 



Darimanakah silapnya?


Adakah kerana Sistem pengambilan Hakim yang tidak mengikut lunas-lunas Islam?


Adakah kerana sistem prosedur Pendakwaan dan Penghakiman itu tidak mengikut undang-undang Islam? 


Adakah kerana sistem pembelajaran Ilmu pihak-pihak berkuasa itu tidak mencukupi sehingga mereka jahil terhadap Islam dan keadilan sebenar? 


Jadi jika semuanya tidak mencukupi, maka mereka tidak layak untuk berkuasa.

Isnin, 6 Jun 2011

Apakah Erti Symbol I Love You dan Symbol Freemason sebenar?

Mereka beriya-iya mengatakan symbol I love You itu dengan keterangan seperti di bawah ini. Namun adakah ia benar?

Sila baca dulu dan baca komen saya di bawah sekali.

I Love You

We do small things with great love to make a vital difference in the lives of others.

A symbol has been added to the Ragpickers Amulet to help convey a meaningful, at-a-glance reminder to the Ragpicker wearing it.

This is the symbol:



The symbol is an abstract of the sign for "I Love You" in American Sign Language.

I Love You Symbol

The "I Love You" sign is a combination of all three letters, "I," "L," and "Y."


The "I Love You" sign has several meanings for the Ragpicker:

First, each finger reminds us of the "The [five] laws of happiness and success" found in Og Mandino's God Memorandum:
  1. Count your blessings.
  2. Proclaim your rarity.
  3. Go another mile.
  4. Use wisely your power of choice.
  5. And one more, to fulfill the other four. Do all things with love…love for yourself, love for all others…and love for God. 
Jika kita lihat sekali penjelasan di atas, maka kita akan percaya bulat-bulat kata-kata mereka. Namun samada anda percaya atau tidak, pada pendapat saya symbol I love itu adalah berasal dari symbol freemason di bawah ini.
View Image

Kenapa?

Bukankah pendapat saya ini tidak diketahui oleh orang lain dan saya hanya mengandai sahaja dan tiada bukti? mungkin itulah yang akan anda katakan pada saya. Tapi baca dulu pendapat saya di bawah ini.

Lihat lah dua hujung kayu pembaris yang berbentuk v itu. ia menuju ke atas. Manakala dua hujung jometri pula menuju ke bawah. Bukankah ia sama dengan dua jari menuju atas dan dua jadi menuju ke bawah.

Sebenarnya gambaran symbol di atas tiada lain daripada gambaran kaki wanita yang bertumit tinggi dan tajam di sebelah atas dan kaki lelaki  yang berkasut tumit tumpul di sebelah bawah. Dalam gambaran ini, lelaki dan wanita di gambarkan melakukan persetubuhan.

Dalam kepercayaan salah satu cabang christian, mereka mempercayai mereka akan berjumpa dengan Tuhan jika mereka berjimak. Kerana mereka akan mendapat anak apabila berjimak. Maaf sumber saya  hanyalah buku novel Da Vince Code, Dan Brown. Namun saya yakin dalam novel itu mereka menerapkan kepercayaan Freemason, kerana dalam Novel itu dan Novel lainnya, Dan Brown menerapkan kepercayaan Freemason, iaitu mengagungkan kepercayaan yang mempunyai bukti dan tanda lebih awal dari kepercayaan lain, iaitu kepercayaan Egyptian. Sedangkan banyak symbol-symbol Firaun mesir itu ada di lambang -lambang Freemason. Bahkan dalam duit 1 dolar US juga mempunyai lambang piramid.

Untuk menarik perhatian penganutnya, saya percaya symbul G yang ditulis dalam symbol freemason itu mereka maksudkan dengan makna God. Bahkan saya juga percaya jika symbol itu juga besar kemungkinannya berasal dari Gog Magog. KenapaInsya Allah  Saya akan ceritakan pada kesempatan lain.

Selain itu, Orang putih juga selalu menggunakan perkataan bersetubuh ( berjimak) dengan perkataan "make love". Oleh itu bila mereka menayangkan symbol tangan ini, mereka sebenarnya menunjukkan symbol " I make love to you" pada anda. 

Tidakkah anda malu? Maka jangan terikut-ikut semua perangai mereka. Mereka memang jauh tersimpang dari kebenaran. Semua isi hati dan pergerakan mereka dikawal oleh nafsu dan perkara-perkara yang mendorong kebencian Allah swt. Kerana memang itulah niat mereka. Mereka mahu melawan Allah swt dalam semua perkara. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.