Isnin, 27 Februari 2012

Salam Atau Hello?


As-Salamu 'Alaikum dan Selamat Sejahtera.

Bismillah: Bagaimana anda memulakan ucapan anda di Telipon. Adakah dengan Hello atau dengan Salam?

Kalau salam, Al-Hamdulillah. Kalau "hello", maka adakah anda mengetahui maksud "hello" ?

"Hello" adalah singkatan dari dua perkataan "Hell Ooo". Yang bermaksud juga "Wahai Ahli Neraka".

Bukankah suatu yang menggerunkan jika ada orang mengatakan kepada kita, "Wahai Ahli Neraka".

Sebutan ini hany...a diluahkan oleh syaitan yang mahu mengajak manusia dan syaitan-syaitan yang lain masuk neraka bersama mereka.

Yang hairannya bagaimanakah mula perkataan ini wujud dan menjadi adat kita pula untuk menjawab dan memulakan ucapan di dalam telipon? Yang lebih pelik lagi ialah kita tidak menyedari sama sekali perkara ini.

Kalau sekiranya ada dapat sharekan perkara ini kepada sesiapa ianya akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Bahkan jika ada sesiapa yang menyebutkannya di telipon, maka ajarkan ia atau jika tidak dapat di ajar, maka berdoalah untuk diri kita dan untuk orang itu supaya kita tidak menjadi Ahli Neraka.

Istilah ini mungkin dicipta oleh Syaitan atau Iblis. Jadi penggunaannya walau apapun jadi bahasa peralihannya asalkan bunyinya masih lagi seperti dulu dan walau apapun niatnya adalah amat tidak digalakkan. Samada kita hanya mendengar "Alu" atau "Halau" atau "Helo" dan sebagainya. Ia tetap lebih kurang sama saja ertinya dengan Hello yang kita tidak fahami itu. Bahkan darisudut pandang penciptanya juga berkemungkinan besar adalah sama.

Jadi kalau kita mendengarnya, cepat-cepat baca doa supaya Allah mengelakkan orang yang menyebutnya dari masuk ke neraka dan agar kita sendiri jua mendapat perlindungan Allah swt itu. Namun jika kita dapat mengajarkan orang ramai secara halus tanpa menyakitkan hati mereka, maka ianya amat dialu-alukan.


Ya Allah. Hindarkanlah kami dari Api Neraka. Aaamiiin.

Mungkin juga ada yang mengatakannya tidak. Alasannya mungkin, ia berasal dari perkataan lain. Namun ianya juga tidak dapat dipastikan, bahkan sebagaimana anda tahu. Bahawasanya syaitan sentiasa mahu mengelirukan manusia dengan hujjah-hujjahnya. Saya ingin menambah hujjah saya bahawa dalam bahasa Jerman, Hell disebut dengan perkataan "Holle", Dalam bahasa Belanda dan Afrikan di sebut dengan "hel".

Perkataan oo pula bermakna wahai. Ia selalu dipakai dalam bahasa lama. Lihat terjemahan Qur'an berbahasa Inggeris di dalam internet.

Jangan mudah terperdaya dengan penerangan orang barat. Banyak perkara yang sudah mereka selewengkan. Dari yang kecil hingga kepada yang besar-besar. Berkemungkinan besar bahasa-bahasa yang dimasukkan itu sebenarnya berasal dari perkataan "hello" dalam bahasa ingeris ini. Kerana di negeri Arab seperti Mesir sendiri, mereka menggunakan perkataan "allu" dan di nusantara kita selalu mendengar orang mengatakan "helo" atau "elo"

Tetapi sebenarnya asalnya ialah "HELLO".




Sebagai rujukan. Sila klik Wikipedia.

Semoga bermanfaat.

Jumaat, 3 Februari 2012

Jalan Perdamaian Untuk Syria

Syrian Arab Republic
الجمهورية العربية السورية
al-Jumhūriyyah al-‘Arabīyah as-Sūriyyah


Bismillah: As-Salamu Alaikum. OIC perlu memujuk Syria dengan baik agar President Assad sudi berundur dengan baik tanpa pertumpahan darah. Bahkan menjanjikan Immunity bagi Presidentnya itu jika ia mahu berundur dan berjanji akan menerimanya ...jika ia mahu menziarahi negara-negara OIC. Di samping itu OIC juga hendaklah berjanji untuk menolong Syria, jika Syria diserang oleh Israel ataupun mereka mahu menyerang Israel.

Undian bagi melantik president yang baru secara sementara hendaklah dipercepatkan untuk menghentikan keganasan. Bakal-bakal President yang bertanding hendaklah diberikan informasi yang dijanjikan kepada President Assad sebelumnya agar mereka boleh meneruskan perjuangan President Assad yang khuatir negaranya akan diserang Israel jika president bertukar ganti.

http://english.cri.cn/6966/2012/02/04/1461s679114.htm

Changing the Syrian Regime by Force to Be "Disastrous": Analysts

2012-02-04 06:30:52 Xinhua Web Editor: Zhangjin

As the UN Security Council still seems divided over finding an appropriate approach to end the simmering tension in Syria, opponents and proponents in the unrest- torn country appear to be united over rejecting any form of changing the regime of President Bashar al-Assad by force, considering that it would be "disastrous."

Assad has recently warned that any foreign intervention in his country would lead to a "temblor in the region."

George Gabbour, a political analyst, believed that the Syrians reject the use of force to topple the regime in their country, because "the use of military power would be disastrous and it doesn't commensurate with the interests of a large segment of the Syrian people, especially that there are other segments, which support the president's reforms and don't want him overthrown."

Toppling the regime by force is "a violation to the United Nations' charter and the principles of international law," he told Xinhua by phone.

On the opposition side, Hasan Abdul-Azim, head of the opposing National Coordination Body, voiced rejection to the concept of using force to change the Assad regime, pointing that "such intervention would pose dangerous repercussions on the Syrian and regional arena as well."

During a phone call with Xinhua, Azim criticized the regime's approach in handling the crisis, saying "no regime can resist the ambitions and aspirations of its people, especially as the region is witnessing major changes ... and the Syrian regime can't be an exception in this context."

He expressed optimism that change "will occur in Syria, not by military force but through peaceful demonstrations, sit-ins and civil disobedience."

Political activist Izz al-Din Abboud told Xinhua that "the change in Syria is inevitable but not through military force as in Libya because that would only complicate the situation even more."

Abboud, who is from the Druze minority, expressed astonishment over the Syrian minorities' fears of regime change, accusing the regime of "implanting such fears among the minorities" to preserve their support.

Faroq Hajji, another political activist, said that any use of military force to topple Assad's regime would lead to " deterioration of the situation in Syria and more shed of the Syrian blood."

In a phone call with Xinhua, Hajji criticized protests that turned into unrest, stressing that "they should remain peaceful as it started."

"The geopolitical site of Syria is exceptional as it's close to Israel, Lebanon, Iraq and Turkey, as well as its allies with Iran and the Lebanese Hezbollah," Hajji said, adding that "any use of force amid this complicated political landscape would rebound negatively on the regional situation."

As for the West's interests in the region, Hajji said " globalization has dedicated a new logic in international relations, and therefore, the Western countries are looking to make the Middle East an area of their influence."

The UN Security council convened Tuesday in presence of foreign ministers of the United States, Russia, China and the Arab League (AL) chief Nabil al-Arabi, to discuss the AL's recent plan calling on Syrian President Assad to step down, as well as to pass a resolution condemning violence in Syria.

The council members failed to reach an agreement on the issue and met again behind closed doors on Wednesday afternoon to discuss the draft resolution on Syria.

On Friday, UN Security Council failed to reach an agreement over the resolution on Syria because of Russia's opposition to the clause hinting on the possible regime change in Damascus.

Russia's Foreign Ministry said Friday that Russia would not support the updated version of the West-Arab draft resolution on Syria as it still fails to take into account Moscow's principal considerations.

"We have received the text (of the revised draft). Although some of our concerns have been considered, nevertheless, this is not enough for us to support it," Russian Deputy Foreign Minister Gennadi Gatilov was quoted by Interfax news agency as saying.

The draft was officially published in a final version but no proposals about its voting have been made, the diplomat added. He said no ballot in the United Nations was expected in the next few days and the consultations could be continued.

The Syrian leadership has accused the broad-based opposition of acting out a Western plot by calling for foreign intervention and smuggling in weapons and ammunition to militia groups inside the country. Those militia groups call themselves the "Free Syrian Army," who launch attacks on government and military bases, citing the government's crackdown on opposition protesters in the 10- month-old unrest.

The Syrian government said more than 2,000 army and security personnel have been killed during the months-long unrest, while the United Nations put the death toll in the country at more than 5,400.

Jumaat, 27 Januari 2012

Aura Dalam Ibadat ( Tip permulaan untuk insan yang baru mencari Allah)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والسلام على من اتبع الهدى



وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Al Baqarah ayat 45.



Ayat di atas bermakna, bahawa amat sukar doa kita akan makbul kalau kita tidak sabar dan khusuk. Namun makna sabar kita tahu, tetapi apa pula makna khusuk.

Biasanya orang akan membicarakan khusuk dalam solat sahaja. Tapi ayat ini pula memberikan makna khusuk di dalam berdoa, dalam kesabaran dan juga di dalam solat serta di luar solat.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri dari kesemua pengaruh itu. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian dan tidak melaksanakan solat di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik (serta gambar-gambar). Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh mengganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan kepadanya keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada suatu hari nanti… Walau bagaimanapun hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat. Justeru mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. ”

Benarlah Imam Al-Hasan ketika beliau berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.


Tuan-tuan, saudara saudari yang saya sayangi dan muliakan. Kekhusyukan yang disebut oleh ulama-ulama tadi adalah kekhusyukan di dalam solat. Namun bagaimanakah pula kekhusyukan di luar solat?




Ketahuilah bahawa khusyuk itu tidak akan dapat kita kecapi tanpa adanya ilmu yang betul dan tanpa ada mujahadah untuk mendapatkannya serta amalan yang berpanjangan dan istiqamah. Semakin banyak amalan, maka semakin tinggilah kekhusyukan yang akan dicapai.

Bahkan kita tidak akan mencapainya dengan sebaik-baiknya sehinggalah kita mencintai ibadat-ibadat yang kita amalkan itu.

Memang amat payah untuk kita mencapai kekhusukan dan seterusnya mencintai ibadat-ibadat yang kita amalkan. Namun Insya Allah swt, dengan tip yang saya berikan ini, kekhusyukan dan dan kecintaan kepada ibadat itu akan lebih mudah dan lebih banyak kita nikmati. Aaamiiin.

Ketahuilah bahawa dalam setiap solat, setiap bacaan al-Qur'an dan di setiap ibadat maupun menulis dan membaca rencana di dalam blog dan FB, kalau kita niatkan ianya ibadat, maka ia akan mengujudkan Aura Ajaib atau Nur Ilahi yang tersendiri. Kerana apabila kita beribadat dengan ikhlas, dengan sendirinya kita akan berada di alam malakut, atau alam malaikat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Malaikat, namun alam ini akan lebih mendekatkan kita kepada Allah daripada luar ibadat. Hati dan jasad kita akan terasa nyaman dan khusuk bila kita mengetahuinya dan mencarinya. Oleh itu kita dinasihatkan agar menjaga whudhu sentiasa. Kerana amat tidak sopan bukan jika kita berada di alam ini di dalam keadaan tidak suci.

Jadi kita perlu mencarinya terlebih dulu ketika solat dan di luar solat dan menghayatinya semasa kita di dalam solat. Begitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Setelah kita menjumpainya kita hendaklah merasakan kenikmatannya itu dengan tenang dan tuma'ninah, maka jangan berhenti sehingga kita berasa puas.

Bila kita menikmatinya dengan tenang dan tuma'ninah serta puas, maka barulah kita akan merasakan solat dan semua ibadat itu tidak berat. Dan insya Allah swt pula, doa kita akan dimakbulkan kerana kekhusyukan itu sesuai dengan makna ayat yang kita nyatakan tadi.

Oleh itu berusaha dan berdoalah kepada Allah swt setiap kali hendak solat dan beribadat agar mendapatkan aura tersebut dan agar aura-aura itu sentiasa diberikan kepada kita. Insya Allah pasti berhasil dan yakinlah. Dan nikmatilah aura tersebut sepuas-puasnya.

Semoga bermanfaat dan semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt dan semoga segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah swt jua. Dan semoga Islam akan menjadi umat yang terkuat dan terhebat sedikit masa lagi. Aaamiiin.

Isnin, 9 Januari 2012

Tahukah kamu Apa Kesalahan Gambar Ini?



Bismillah : Gambar ini adalah gambar yang diambil dari laman Web WIKIPEDIA. Yang menceritakan mengenai pengalaman angkasawan pertama Amerika Neil Armstrong manusia pertama kononnya yang berjaya mendarat di Bulan.

Anda tentu tahu bahawa banyak siantis bahkan ulama yang membantah kenyataan USA itu. Namun tahukah anda bahawa apakah antara bukti yang menyokong keterangan saintis dan Ulama bahawa Amerika berbohong ialah gambar ini.

Walaupun gambar ini sebenarnya diniatkan menyokong pendaratan tersebut dan nampak langusng tiada sebarang kecacatan, namun kecatatannya terletak pada bendera yang berkibar itu.

Jika bendera itu dibulan, maka mustahil ia berkebar. Sebab di bulan belum tentu ada angin. Sebab angin terjadi dengan adanya perubahan cuaca panas kepada sejuk. Jika ada anginpun sudah tentu angkasawan yang berada dikawasan yang tiada graviti itu terbang melayang.

Jumaat, 6 Januari 2012

Kesan Di Sebalik Tuduhan Penggodaman Rakyat Saudi



Bismillah: As-Salamu 'Ala Man Ittaba' al-Huda.

Baru-baru ini kita disuapkan berita yang mungkin agak mengembirakan, bagaimana pula perasaan anda? adakah anda gembira atau risau seperti saya? Iaitu bilamana wujud sebuah kumpulan Hacker yang memasuki dan merosakkan akaun-akaun kad kredit warga Israel.

Sila baca beritanya di sini:

'Saudi' hacker is based in Mexico, Israeli blogger says

7 hours ago ... Amir Fadida says he has tracked down hacker xOmar 0, says he is a 19-year old computer sciences student from the United Arab Emirates ...



World News: Alleged Saudi hacker posts more Israeli credit card ...

14 hours ago ... The hacker, who uses the pseudonym 0xOmar, had released the details of 6000 active accounts.

Saudi hacker steals 15000 Israeli credit card details - Globes

3 days ago ... Credit card details of 15000 Israeli credit cards have been stolen by Saudi hackers. The hackers claimed that they were in possession of the ...

Saudi Hackers Steal, Leak Israeli Credit Card Accounts - Dark ...

3 days ago ... Saudi Hackers Steal, Leak Israeli Credit Card Accounts. Self-professed arm of Anonymous leaks thousands of account numbers and ...

Saudi Hacker Post Personal Information of 400000 Israelis ...
3 days ago ... Saudi Hacker claiming to be a member of hacking group named GroupXP claimed to post personal information of 400000 Israelis after hacking ...

Saudi Hackers Penetrate Israeli's - YouTube
2 days ago ... Saudi hackers claimed to have released the credit card information of hundreds of thousands of Israelis, after hacking one of Israel's leading ...


Sebenarnya saya pun tidak tahu mahu berasa gembira atau tidak bila membaca berita itu.

Kalau benar dan Israel serta Amerika tidak dapat berbuat apa-apa selepas itu, maka kita ucapkan al-Hamdulillah.

Namun jikalau tipu muslihat, maka semoga Allah swt melindungi kita dari segala mara bahaya. Kalau benar pun apatah lagi jika tidak benar, adakah Israel dan Amerika tidak akan menjadikannya alasan untuk mencari warga penghacker itu dan kemudiannya mengatakan mereka berada di Saudi? Lalu mereka mahu mengejarnya seperti mereka mengejar Osama Ladin di Afghanistan.

Kita takut, jika perkara ini dijadikan alasan untuk menyerang pusat Islam di Mekah dan Madinah. Bila ianya terjadi, maka apakah yang akan terjadi selepas itu?

Selain itu, perbuatan mencuri tetap salah walau apapun alasannya. Bahkan jika seseorang itu bersalah sekalipun, orang perseorangan tidak boleh melakukan pembalasan sesuka hati. Serahkanlah hak pembalasan itu pada pihak yang berwajib.

Rabu, 28 Disember 2011

Makna perkataan Menyuruh Berbuat Ma’ruf ( Kebajikan) di dalam al-Qur’an



بسم الله الرحمن الرحيم

104. وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Aal Imran, 104)

Bagi kita semua menyuruh berbuat ma’ruf bermaksud, menyuruh perkara-perkara yang baik.

PerkataanMar’ruf di dalam kamus Arab al-Marbawi ada dua makna, :

1. Yang dikenal, Yang Mashor.

2. Kebajikan, kebaikan.

Namun adakah maksud perkataan ma’ruf yang kedua itu adalah perkataan asal? Lalu kalau bukan perkataan asal, kenapa ia digunakan untuk suatu perkataan yang bermaksud kebaikan dan kebajikan.? Adakah ada tujuan tertentu kenapa perkataan mashor dan dikenal digunakan sebagaisesuatu yang baik.

Kerana amat ganjil sekiranya orang tidak tahu erti ma’ruf sebagai kebajikan tetapi hanya tahu maknanya sebagai yang dikenal, kemudian ia melafazkannya dan menyuruh orang lain untuk berbuat kebajikan sedangkan ia tidak tahu erti ma’ruf itu adalah bermaksud kebajikan.

Atau adalah amat bahaya sekali bila kita tidak mengetahui cara menyuruh seseorang berbuat ma’ruf sedangkan orang yang disuruh berbuat ma’ruf itu tidak tahu apa perbuatan yang baik dan tidak tahu pula apa perbuatan yang kurang baik dan tidak baik yang disuruh itu.

Bila kita lihat dalam kamus, perkataan Asal Ma’ruf ialah dari ‘
Arafa. عرف bermaksud “tahu” oleh itu maksud perkataan Ma’ruf yang asal ialah maksud perkataan yang pertama di atas. Manakala asal maksud perkataan kedua pula iaitu kebajikan, tidak ada disebutkan dalam erti perkataan ‘Arafa عرف .

Oleh itu kenapakah sesuatu yang berkebajikan digunakan dengan perkataan ‘Arafa.
عرف.? Adakah kerana perkara-perkara yang berkebajikan itu sudah diketahui, atau orang yang suka membuat kebajikan itu akan menjadi lebih dikenali dari orang yang suka membuat kejahatan. Kerana dalam bahasa Englishnya, mengikut kamus Dewan, orang yang suka membuat kebajikan dan disukai ramai adalah orang yang “popular” dari orang yang kurang membuat kebajikan. Apatah lagi orang yang jarang membuat kebajikan.

Namun pada pendapat saya ianya adalah lebih jauh dari itu. Ma’ruf yang bermaksud kebajikan dan kebaikan itu sebenarnya perlu dan wajib diajarkan secara menyeluruh kepada segala gologan masyarakat dan masyarakat pula wajib mempelajarinya dengan kewajipan fardhu ain. Tidak ada siapapun yang terkecuali dari tidak perlu mempelajarinya.

Manakala perkara-perkara yang tidak baik pula, walaupun ia perlu dipelajari, tetapi tidaklah perlu diajarkan secara besar-besaran. Bahkan pengajarannya perlu ditutupi dan disembunyikan dan hanya akan diajarkan ketika perlu sahaja. Tujuannya ialah agar manusia yang mempunyai nafsu dan selalu berniat kurang baik tidak terlintas fikiran untuk melakukan kejahatan yang disebutkan.

Bayangkanlah, walaupun berapapun peringkat umur nya dan walau siapapun ia, Islam atau bukan Islam, samada tua atau muda, kecuali kanak-kanak tadika. Bila pelajaran sex diajarkan dan pelajar-pelajar itu pula becampur lelaki dan perempuan.



Anak-anak perempuan yang normal, anak-anak lelaki yang baik dan berakhlak mulia akan malu dibuatnya.

Image Detail

Begitu juga dengan perkara-perkara negative yang lain. Seperti penyalah gunaan dadah misalnya. Ia tidak begitu perlu diajarkan secara besar-besaran. Kerana hasilnya akan sama sahaja. Bahkan anak-anak yang bermasalah semakin tergiur pada dadah tersebut. Lihatlah berapa banyak warga yang telah kecundang walaupun mereka tahu dadah itu amat berbahaya. Walaupun mereka melihat siksaan yang dikenakan amat berat. Kerana mereka akan kalah dengan tarikan wang yang akan diperolehi ketika berjual dadah. Mereka juga akan kalah dengan khayalan syurga yang akan diperolehi ketika menghisab dadah itu. Kedua-dua tarikan itu amat kuat berbanding dengan hukuman yang akan dikenakan. Walaupun dihukum bunuh dan walaupun mereka dihukum penjara seumur hidup atau rotan 10 kali sebatan.

bocah-misterius



Apa yang perlu diuar-uarkan secara besar-besaran lebih dari keburukan dadah itu sendiri ialah, mengajarkan masyarakat agar dapat menguatkan iman mereka, dan mengatakan bahawa orang yang beriman itu akan mendapat kemanisan iman seperti berada di dalam syurga.

Orang yang bertaqwa juga akan dijanjikan oleh Allah swt dengan jalan keluar dari segala masalah dan rezeki yang tidak disangka-sangka.






Dan ajaran ini hendaklah diwajibkan kepada setiap individu muslim. Sehingga setiap mereka mengenali pelajaran ini.

Maka apabila setiap warga muslim mengenali kebaikan dan kebajikan yang telah diajarkan itu, maka disanalah kebajikan dan kebaikan itu boleh dikatakan sesuatu yang ma’ruf.

Dan disanalah nanti menyuruh suatu perkara yang ma’ruf akan mudah diikuti oleh masyarakat. Masyarakat juga nanti akan mengikutinya dengan cara yang betul dan diredhai oleh Allah swt.

http://ervakurniawan.files.wordpress.com/2011/07/siluet_adzan2_boston.jpg

Bayangkanlah jika menyuruh seorang yang baru memeluk Islam untuk solat tanpa mengajarkannya bagaimana solat yang betul, bukankah salah nanti caranya akan salah.


Oleh itu, saya menyerukan diri saya sendiri, pihak-pihak yang berwajib, untuk mengajar semua orang terlebih dulu dengan cara yang baik dan betul, semua orang sebelum menyuruh mereka berbuat perkara yang akan kita suruh itu. Semoga dengan pelajaran-pelajaran yang berterusan dan meliputi segala warga nanti, akan menukar corak pemikiran mereka untuk membasmi sebarang kekeliruan dalam islam, membasmi kemiskinan, menjauhkan segala maksiat baik yang besar mahupun yang kecil.



Bahkan adalah lebih baik jika harta zakat dibaitulmal itu digunakan untuk imbalan dan tarikan kepada warga ibnus-Sabil yang bekerja sementara dinegara kita. Agar nanti jika gaji mereka
terpaksa dipotong, maka bayaran kepada mereka untuk mendapatkan gaji seterusnya boleh digunakan wang zakat itu. Bahkan saya berpendapat, kita boleh menggunakan wang zakat itu untuk menarik sebanyak mungkin warga Negara dalam dan luar negeri yang jauh untuk belajar di tempat kita.

Semoga bermanfaat. Semoga segala amalan kita diterima Allah swt dan semoga segala kesalahan kita diampuniNya jua. Aaamiiin.

Hikmah dan Rahsia Nabi Musa di pelihara oleh Fir’aun.

File:All Gizah Pyramids.jpg

Bismillah:

1. Menjaga Nabi Musa dari dibunuh Fir’aun sehingga Nabi Musa diutus untuk berjumpa dan berdakwah pada Fir’aun.

2. Untuk menjadikan Fir’aun terkejut bahawa orang yang dijaganya dan disayanginya lah yang akan menjadi musuhnya.

3. Untuk memberikan kesedaran pada manusia bahawa anak yang dijaga dan disayangi itu boleh menjadi musuh yang paling besar jika kita berpaling dari Allah swt.

NarmerPalette-CloseUpOfProcession-ROM.png

4. Untuk menunjukkan bahawa hanya orang dalam sahaja yang boleh menghancurkan sesuatu kerajaan yang besar dan kukuh. Oleh itu untuk mempastikan semua orang dalam itu tidak munafiq, Nabi Muhammad saw memerintahkan semua sahabatnya solat berjemaah setiap waktu.

5. Untuk menunjukkan bahawa kerajaan Fir'aun yang terkuat di dalam al-Qur'an adalah simbolik bagi kerajaan Dajjal yang kuat iaitu Amerika ketika ini juga akan runtuh oleh orang dalam. Kerana setiap cerita yang wujud di dalam al-Qur’an itu adalah suatu taqdir yang akan berlaku juga kepada manusia yang lahir kemudian. Kerana al-Qur’an adalah jawami’ul-kalim, iaitu ringkasan dari kumpulan semua kata-kata Allah swt yang tertulis dilauh al-Mahfuz. Manakala di Lauh al-Mahfuz pula tidak ada sesuatu yang tertinggal melainkan ditulis di dalamnya.


Lambang satu dollar Amerika


6. Untuk menunjukkan bahawa di dalam pentadbiran kerajaan Amerika itu ramai orang yang beriman dan menyembunyikan imannya dari diketahui Ketua mereka.

7. Untuk menunjukkan bahawa dakwah yang pertama perlu dibuat oleh Ahli keluarga kepada keluarganya sendiri terlebih dulu.

8. Untuk membuktikan Kuasa Allah Swt Yang Maha Agung. Inilah yang paling penting tetapi terpaksa saya akhirkan kerana jika saya awalkan, mungkin pembaca tidak akan bersemangat membaca huraian yang saya berikan.

9. Anda semua di alu-alukan untuk menambah hikmah dan rahsia-rahsia itu di dalam komen.