Isnin, 14 November 2011

Hudud Dan Ta’zir




Perlukah Undang-Undang Perlembagaan Diubah.

Bismillah: Hudud boleh dijalankan terus walaupun tanpa meminda apa-apa undang-undang atau enakmen. Sebabnya 2 perkara. 1. Dalam bab 3. (1) menyatakan bahawa ugama Islam adalah ugama bagi persekutuan. Perkara ini menyebabkan bahawa mana-mana enakmen yang berlawanan dengan ugama adalah dengan sendirinya berlawanan dengan perlembagaan. Oleh itu mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang syarak yang tulin dan sejati adalah dengan sendirinya secara semula jadinya berlawanan dengan undang-undang perlembagaan. Oleh itu undang-undang tersebut adalah tidak sah dan terbatal setakat mana ia berlawanan.

Dalam bab 4. (1) Undang-Undang Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Maka oleh kerana Undang-undang perlembagaan telah menetapkan ugama Islam sebagai ugama Persekutuan, maka apa-apapun perkara atau undang-undang yang berlawanan dengan hukum syarak yang sebenar adalah berlawanan dengan undang-undang perlembagaaan.

Oleh itu dalam perkara ini, hakim-hakim yang membicarakan kes atau mana-mana pendakwa mempunyai dua cara untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu samada mereka berhenti dari mendakwa atau membicarakan kes sehingga Kerajaan mengubah undang-undang mengikut hukum syarak yang tulin, atas alasan bahawa undang-undang enakmen yang ada adalah tidak sah kerana ia berlawanan dengan undang-undang parliament . Atau kalau mereka mereka boleh mengikut terus hukum syara’ dengan merujuk kitab-kitab yang muktabar yang menjadi rujukan asas hukum syara’ di Mahkamah. Untuk menjalankan kes dengan hanya mengikut hukum syara’ dari kitab-kitab mu’tabar ini, Hakim dan pendakwa boleh mengatakan bahawa, oleh kerana undang-undang enekmen yang ada berlawanan dengan undang-undang perlembagaan, maka ia menjadi tidak sah secara semula jadi. Oleh itu terjadilah lacuna atau kekosongan dalam Undang-Undang secara semula jadi juga. Maka membiarkan suatu yang perkara penting tanpa ada undang-undang juga adalah suatu kesilapan bagi pihak-pihak yang di amanahkan pada mereka untuk tidak membuat sesuatu. Namun mereka juga tidak boleh mengikut Undang-Undang yang ada ketika ini kerana Undang-Undang tersebut berlawanan. Oleh itu mahu tidak mahu, mereka mesti mengikut Undang-Undang Syara’ yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar.

Konsep Keadilan

Selain itu juga, Oleh kerana prinsip Undang-undang sivil dan jenayah umum juga adalah mengikat, yang berlainan dengan undang-undang syara’ yang tidak mengikat sama sekali, maka Undang-Undang jenayah perlu mengikut common law. Oleh itu juga mereka perlu mengikut hasrat common law sebenar yang tulin iaitu mengutamakan keadilan. Keadilan dalam undang-undang jenayah pula berbentuk memberikan keinsafan kepada penjenayah dan bersifat mencegahnya dari melakukan jenayaah sekali lagi dan juga bersifat untuk menakutkan orang lain dari melakukan jenayah yang sama dan pada masa yang sama hendaklah juga memikirkan kebaikan bagi penjenayah itu agar jangan sampai hukuman yang dijalankan keatasnya itu tidak adil dan kejam.

Memotong tangan pencuri adalah jauh lebih ringan dari menghukum seseorang itu penjara seumur hidup, seperti yang banyak dilakukan oleh Israel terhadap pejuang Islam yang mereka tuduh sebagai militant walaupun orang-orang tersebut tidak dibicarakan. Bahkan jauh lebih ringan dari menghukum mati yang dikenakan terhadap pengedar-pengedar dadah. Kerana dengan memotong tangan, orang yang dipotong tangannya masih ada tangan yang satu lagi untuk melakukan kerja dan masih ada lengan untuk membawa barang dengan menyangkutkannya di lengan itu.


Memotong tangan pencuri juga merupakan rahmat kepada penjenayah itu agar ia tidak lagi melakukan jenayahnya sekali lagi sehingga ia tiada peluang untuk melakukan jenayahnya kerana kekurangan anggota tubuh untuk melakukan jenayah itu. Selain itu ia juga amat menakutkan orang yang melihatnya sehingga mereka tidak akan berani mencuba melakukan jenayah yang sama walaupun sekali.

Semua orang tahu dan berpengalaman bahawa Jenayah yang dilakukan akan merosakkan sel-sel tubuh sehingga membawa penyakit dan boleh merosakkan akal fikiran seseorang sehingga tidak boleh memikirkan perkara yang baik lagi setelah itu. Oleh itu bagi jenayah yang berat seperti mencuri, anggota badan yang membantu jenayah itu perlu dibuang untuk menenangkan fikiran penjenayah itu sendiri dari diganggu tangannya itu.

Jenayah Zina pula perlu sebatan agar badan yang digunakan untuk berzina sembuh dari penyakit HIV yang mengganggu setelah melakukan zina. Adalah kejam jika kita hanya menghukum orang yang melakukan zina dengan denda dan membiarkan seseorang itu mengidap penyakit kelamin bertahun-tahun dengan hanya memberikan ubat yang kurang mujarab kepada mereka.

Arak dan dadah mempunyai kesan yang mendalam untuk merosakkan tubuh badan. Jenayah arak dan dadah juga perlu sebatan syarie sebanyak 40 kali untuk menghilangkan penyakit dan rasa ketagih. Kerana kita tahu, bahawa salah satu cara untuk menghilangkan penyakit ialah dengan cara urut yang bertalu-talu dikenakan terhadap anggota badan yang sakit. Maka jika kita masih lagi menghukum penghisab dadah dengan hukuman sebat biasa iaitu 6 kali, maka penyakit yang disebabkan arak dan dadah dan rasa ketagih itu tentu tidak akan hilang.


Oleh itu undang-undang Syara’ adalah undang-undang yang amat tepat dan amat adil. Dan mana-mana hukuman yang tidak mencapai tujuan seperti ini adalah undang-undang yang kurang adil dan perlu perubahan segera secara semula jadi dengan mengikut undang-undang Perlembagaan.


Adakah Hudud Memudahkan Penjenayah Mengelakkan Diri Dihukum?

Jawapannya adalah tidak. Kebanyakan ulama percaya bahawa undang-undang hudud perlu dielakkan jika ada kesamaran berlaku dalam keterangan, bahkan jika saksi-saksinya tidak syiqah atau tidak adil. Walaubagaimanapun, sebenarnya semua hukuman termasuk ta’zir perlu begitu sehinggalah hakim benar-benar pasti bahawa penjenayah itulah yang melakukan jenayah itu bukan orang lain.

Hudud sebenarnya boleh dijalankan walaupun dengan kekurangan saksi, Bahkan walaupun zina sekalipun jika hakim itu percaya dengan bukti-bukti yang ada bahawa penjenayah itulah yang melakukan zina. Kerana Saidina Ali pernah membela hukuman seorang yang hendak dihukum hudud oleh Saidina Umar al-Kahttab dengan mempastikan air mani yang digunakan adalah telur. Jika air mani itu tidak masak seperti telur, maka tentu tertuduh itu akan dihukum hudud sepertimana biasa. Oleh itu bukti-bukti seperti airmani ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuktikan jenayah walau zina sekalipun dan boleh dihukum dengan hudud dan bukan lagi ta’zir jika hakim tidak ragu. Bahkan jika hakim masih ragu, bukan sahaja hudud, malah hukuman ta’zir juga tidak boleh dijalankan.



Dalil Syari'e

Dalam Kitab Sahih Muslim, Hadis 1674, Saidina Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa, Saidina Umar telah bersabda semasa menjadi khalifah, Orang yang hamil sebelum nikah boleh dihukum hudud.


Sebenarnya apabila kita berdalil kepada atsar Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw ini, Radhiallahu 'Anhum dan kita tidak menemui pula mana-mana sahabat Nabi yang menolak pendapat mereka, lebih-lebih lagi jika pendapat itu dikemukakan oleh Pemerintah tertinggi pada masa itu, maka hukum bagi perkara yang diputuskan itu sudah menjadi Ijmak ulama.


Oleh itu pembuktian hamil bagi hukuman hudud keatas perempuan yang belum berkahwin boleh digunakan.

Pengampunan Potong Tangan

Penurunan hukuman hudud potong tangan pula hanyalah untuk peperangan seperti yang terdapat dalam atsar lain yang mana Saidina Umar juga pernah mengampunkan pencuri demi memasukkannya dalam barisan jihad. Namun pengampunan ini hanya untuk memasukkan pesalah itu dalam barisan Jihad. Jika penjenayah tidak dimasukkan dalam barisan jihad, maka hukuman hudud potong tangan hendaklah diteruskan.

Percangahan Pendapat Ulama

1. Menjaga Masyarakat Dari Fitnah Dan Tuduhan Yang Membabi Buta

2. Menjaga Masyarakat Dari Maksiat Dan Kerosakan Dan Menjaga Pandangan Masyarakat Terhadap Kepercayaan Mereka Pada Ugama.

Kebanyakan Ulama yang berpendapat perlunya saksi yang cukup untuk menjalankan hudud adalah ulama-ulama yang menggunakan hadis yang bermaksud, "Jauhilah hudud dengan adanya subhah"

Oleh itu kebanyakan mereka berpendapat untuk menjaga masyarakat dan untuk menghukum penjenayah agar tidak terlepas sahaja dari hukuman, maka mereka mencadangkan ta'zir. Iaitu suatu hukuman yang lebih ringan dari hudud. Agar pembuktiannya tidak begitu ketat dan agar pihak yang dituduh pula lebih suka mengaku dari dibicarakan.

Walau demikian, bagi ulama yang mengatakan perlu mempertahankan hukuman agar jangan diubah-ubah, kerana hukuman hudud tidak boleh diubah berpendapat, hanya sumber pembuktiannya sahaja perlu diterjemahkan kepada jika pendakwa mempunyai bukti yang lain yang lebih kuat dari bukti shahid, seperti kehamilan sebelum nikah, maka bukti-bukti itu perlu diterima sebagai bukti yang boleh mensabitkan jenayah yang boleh dihukum hudud.

Pendapat Penulis
Sebenarnya jika kita terhadap kedua-dua masalah berbeza yang saya utarakan di atas, kita boleh menggunakan kedua-duanya dalam satu masa agar setiap perbicaraan dan setiap hukuman yang dijatuhkan nanti akan mengandungi kesemua sudut pertimbangan.

Meringankan beban pembuktian bukan bererti memudahkan pendakwa mendakwa siapa sahaja. Kita hanya perlu meringankan beban pembuktian kes-kes yang nyata seperti hamil sebelum nikah, atau jika menurut teknologi moden sekarang ini, ujian DNA boleh digunakan untuk mensabitkan keterangan anak yang dilahirkan. Namun bagi kes-kes yang tidak nyata dan tidak kuat, maka kita perlu mengekalkannya sebagaimana biasa.

Begitu juga kes kecurian, kes minum khamar dan kes sihir. Kita tidak perlu mencukupkan kadar dua orang saksi yang syahid untuk membuktikan kes hudud bagi kesalahan-kesalahan ini. Kerana kesalahan-kesalahan seperti ini boleh dibuktikan dengan mudahnya dengan cara yang lain.

Kesimpulan

Oleh itu saksi yang tidak mencukupi tidaklah boleh mengurangkan hukuman kepada ta'zir. Kerana hudud tidak boleh dikurangkan hukumannya. Namun cara pembuktianlah yang perlu dipelbagaikan demi tidak melepaskan penjenayah dari bebas berleluasa.

Dengan cara ini, masyarakat akan lebih yakin pada undang-undang Islam. Walaupun setengah pihak akan beranggapan bahawa dengan pengurangan syarat dakwaan ini akan membolehkan orang mendakwa sesuka hati. Maka kita menjawabnya ia akan berlainan dan dakwaan itu tidak dibenarkan sama sekali jika 4 saksi tidak mencukupi dan tidak mempunyai sebarang bukti lain.

Tetapi jika pendakwa mempunyai bukti yang lain selain 4 saksi, seperti kehamilan luar nikah. Atau hasil DNA menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang yang melakukan zina atau rogol, maka ia boleh disabitkan dengan hanya bukti-bukti ini walaupun tanpa 4 orang syahid.

Semoga penjelasan ini lebih dekat kepada kebenaran. Mana-mana yang baik adalah dari Allah swt jua dan yang tidak baik adalah dari saya sendiri.

Khamis, 6 Oktober 2011

Ta'zir Bagi Hukuman Menghampiri Zina

Assalamu 'Ala Man Ittaba'a al-Huda.

Al-Hamdulillah. Wassalatu Wassalam 'Ala Rasulillah.
Bismillah: Ulama-ulama ketika ini amat risau dengan keadaan zina yang terlalu berleluasa dan bermaharaja lela. Kalau diikutkan dengan hudud, tentu ramai yang tidak akan dapat didakwa dan didenda.

Jadi mereka sebelum ini telah mengambil ta'zir sahaja untuk mengenakan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang disabitkan atau yang mengaku.

Pensabitan ta'zir itu dikenakan dengan denda yang ringan, agar tertuduh mudah mengaku, dan diizinkan dengan dakwaan saksi yang tidak berat agar pendakwaan tidak begitu sukar.

Namun sebenarnya, perkara itulah yang lebih berat dan lebih membanyakkan kemusnahan. Kerana zina sebenarnya tidak terbendung dengan adanya ta'zir sahaja, dan kemurkaan Allah swt pula yang di dapat. Bahkan akibat-akibat zina yang jahat dan kejam yang mulanya dapat disorok dengan tiada dakwaan dan hukuman ta'zir, semakin menjadi-jadi bila ada hukuman ta'zir ini. Anak yang tidak berdosa terhukum. Ibu bapa yang bersalah hanya di denda dengan denda yang sedikit. Orang yang kaya pula tidak merasa apa-apa.

Akhirnya Orang mula tidak percaya pada Islam dan masyarakat menjadi semakin menular dan jahat.

Oleh itu pada pendapat saya, ((dan saya tidak risau samada saya ini orang yang layak atau tidak untuk memberikan pendapat. Kerana kebenaran adalah dari Allah swt jua. dan orang yang menolak kebenaran adalah orang yang yang tidak mahu menerima teguran dari Allah swt.)) Saya berpendapat Tuduhan Persetubuhan Haram yang ada pada ketika ini  selain dari pengenaan kepada hukuman hudud, hendaklah dan perlu terlalu perlu untuk ditambah dengan Tuduhan Menghampiri Zina.

Jika Ulama risau terhadap tatasusila yang memberi ancaman besar kepada kesinambungan ugama, maka ulama perlu jua meneruskan hudud bukan menukarnya kepada sistem yang lain. Kerana penukaran tersebut telah nyata kepada masyarakat dan kita semua, bahawa tiada hukuman lain yang setanding dengan hudud yang boleh mengawal segala-galanya. Bahkan kita adalah seperti menanai telur di hujung tanduk. Kita tidak dapat bergerak kemana-manapun selain dari di mana kita berada, agar telur yang kita tanai tidak akan jatuh dek kerana pergerakan kita itu.

Bergerak sedikit saja telur akan jatuh terhempas kebumi dan ia tidak akan dapat diselamatkan lagi bahkan tidak akan dapat digunakan lagi. Ia akan menjadi rosak binasa dek akibat kecuaian kita sendiri mengerakkan tanduk itu sesuka dan semau hati dan nafsu kita.

Oleh itu selain dari hudud yang berada di atas tanduk itu. Maka untuk mengelakkan diri kita keletihan menanai telur yang semakin lama semakin terasa berat di atas tanduk. Badan kita pun sudah lengoh kerana duduk terlalu lama bertahan tidak bergerak. Maka jalan sebaiknya untuk tidak membiarkan telur terhempas ialah, kita perlu ada jaring di sisi tanduk untuk menahan tanduk itu dari terlepas jatuh begitu sahaja.

Maka dengan jaring yang kita hampargantungkan dikeliling tanduk itu, kita berdoa mudah-mudahan, usaha kita untuk membasmi gejala dan gejolak sosial yang pahit dan masam itu tidak akan selamanya pahit dan masam.
Kerana Tuduhan Menghampiri Zina bukanlah tuduhan zina, Jadi ia bukan tuduhan yang memerlukan syarat-syarat hudud yang ketat. Tuduhan menghampiri zina boleh dituduhkan kepada perempuan yang mengandong dan melahirkan tanpa suami. Kerana manalah tau ia membela diri kerana dirogol oleh kawannya. Jadinya kalau dituduh ia menghampiri zina,  dan dipersoal kenapa ia merelakan dirinya berjalan dengan kawannya di tempat sunyi, maka perempuan itu tidak akan dapat mengelak dari tuduhan menghampiri zina.

Tuduhan menghampiri zina boleh dikenakan hukuman ta'zir sehingga sebatan. Tuduhan menghampiri zina juga boleh dikenakan hukuman denda dan penjara yang lebih berat dari yang ada sekarang.

Namun tuduhan ini tidak sampai kepada Zina. Anak yang lahir dari tuduhan ini bukan di namakan anak zina. Anak ini tidak akan merasa malu dan akibat kejahatan ibu bapanya dari lahir hingga ia meninggal dunia.

Biarlah ibu bapanya sahaja menanggung akibat kesalahan mereka. Jangan anaknya yang tidak bersalah.

Tuduhan menghampiri zina juga akan menyebabkan orang mudah mengaku bila hukuman ta'zirnya sedikit.

Tuduhan menghampiri zina juga akan memudahkan pendakwaan, walaupun pendakwa hanya melihat sampel dokumen keterangan dari hospital sahaja. Bahawa perempuan yang mengandung itu telah mengandung di luar nikah.

Tuduhan menghampiri zina akan menyelamatkan saksi-saksi dari tuduhan qazaf.

Malah tuduhan menghampiri zina adalah lebih dekat kepada kebenaran kerana Allah swt telah mengharamkan penghampiran kepada zina itu di dalam al-Qur'an. Dan makna menghampiri zina itu adalah umum dan boleh dikiaskan kepada apa-apa keadaan pun yang tidak boleh dihukum dengan hudud.

Tambahan
Bismillah: Tuduhan Zina jauh lebih mengaibkan dari Tuduhan menghampiri Zina. Sebab itulah kenapa Tuduhan persetubuhan Haram ketika ini yang mempunyai hukuman denda dan penjara biasa itu perlu ditukar kepada tuduhan menghampiri Zina.

Saya rasa orang tidak akan merasa malu dengan tuduhan menghampiri zina sekarang ini. Bahkan anak-anak yang lahir dari tuduhan inipun tidak perlu di katakan anak zina.

Inilah yang kita mahu jaga sebenarnya. Agar jangan sampai orang lebih berani menasabkan anak mereka kepada anak zina daripada mengakui berzina. Jika mereka tidak berani mengakui zina, maka mereka juga tidak akan berani mengakui anak mereka anak zina. Anak akhirnya selamat dalam berbagai aspek. Aspek nafkah, Aspek penjagaan, Waris, Maruah dan sebagainya.

Mengenai dengan hukuman sebat yang saya cadangkan, sekarang ini, orang yang kena sebat, terpaksa kena penjara, bila penjara pula kena buang keraja.

Inilah masalah yang boleh saja berlaku di mana-mana. Kalau boleh di amend perkara ini lagi bagus. Orang yang kena sebat tidak boleh dipenjara dan jangan dibuang keraja. Bahkan saya berpendapat mereka boleh merayu kepada kerajaan kalau majikan mereka membuang mereka keraja, kerana tuduhan menghampiri zina ini.

Namun bila tuduhan Zina dikenakan, maka bukan saja kena buang kerja. Bila sabit saja tuduhan itu. Tentulah ia lebih buruk akibatnya. Rejam sampai mati dan sebat 100 kali. Ia jauh lebih buruk dari di buang kerja.

Mengenai ta'zir yang boleh sampai kena sebat ini. Ia boleh dipinda dari masa kesemasa. Jika ia tidak baik, kita boleh kurangkan. Jika ia baik maka dikekalkan.

Mengapa Perlu Perubahan?. Selain persetubuhan Haram, kita hanya ada hukuman khalwat sahaja. Namun jika persetubuhan haram tidak boleh dikenakan kepada orang yang sudah mengandong kerana mereka boleh mengelakkan diri dengan apa jua alasan, maka kita tidak ada hukuman lain selain hukuman Khalwat sahaja yang tinggal. Namun hukuman Khalwat sahaja sebenarnya tidak begitu berat untuk sudah orang mengandung ini.

Jadi jalan terbaik ialah menambah pindaan undang-undang dengan mengadakan bab kesalahan yang baru iaitu,
KESALAHAN MENGHAMPIRI ZINA.
Tambahan kedua
Bismillah: Mungkin segelintir pihak akan bertanya secarikmana pentingnya lembaran pindaan ini untuk dipindasuai, sedangkan Hudud belumlah lagi diamallaksanakan, kenapa tidak diistiharlaksanakan hudud terlebih dulu dan kemungkinan berbagai lagi persoaltanyaan yang mungkin akan dilemparadukan pada saya dalam liputan rencana ini.

Pada hemat saya, pindaan kanun kesiksaan atau pindaan hukuman kesalahan terhadap pesalah menghampiri zina ini adalah amat perlu hampir selaras dengan keperluan hudud jua. Bahkan ia akan mencantikkan  hudud jika diamallaksanakan pada zaman ini, bukan bermaksud hudud itu belum lengkap dan belum cantik. Namun ia akan mengelakkan segala alasan kepurataan pihak yang enggan memihak pada perlaksanaan hudud.

Dengan pindaan ini, mereka yang membantahujudkan kanun hudud insya Allah tidak sekali-kali akan ada alasan yang logik lagi kenapa hudud tidak boleh diamallaksanakan. Bukankah sebelum ini mereka dengan tegas berpendapat, jika hudud dan prosedur hudud dilaksanakan, maka banyaklah kes zina akan terlepas, tidak di dakwa dan tidak pula dihukum.

Mereka tidak merasakan hikmah bagaimana melepaskan 10 orang bersalah lebih baik dari mengenakan hukuman terhadap seorang yang tidak berdosa. Bahkan bukankah dengan menghukum ibu bapa yang bersalah, maka anak yang tidak berdosa akan merasa malu dan hina. Malah berbagai akibat akan mereka rasakan dari sejak mereka lahir hingga dewasa bahkan hingga meninggal dunia.

Jadi untuk mengelaksirnakan mereka dalam apa jua hasrat untuk membantahbasmikan cita-cita mengangkat citamurni menegakkan kanun hudud itu, maka disitulah pindaan ini kita lihat perlu dibuat. Oleh itu, kita akan memandang jika  masih ada pihak yang mengelakkan diri mereka tidak mahu hudud di jalankan dengan alasan yang sama atau seakan-akan serupa, maka alasan mereka tentulah tertolak.

Pindaan yang diusulutarakan ini jua bukanlah dimaksudkan hendak menidakkan atau mendahului hudud, bahkan ia dimaksudkan sebagai jalan kedua bagi setiap langkah menuju bicara bagi pihak pendakwa yang menemui jalan buntu untuk menumpaskan jenayah Zina yang bermaharaja lela.

Oleh itu mereka perlu mengkajiteliti dalam kes-kes hudud, pada setiap kes demi kes sehingga payu dihati mereka bahawa apa yang mereka hendak hantardakwakan kepada Mahkamah Syariah bukanlah kes ta’zir tetapi hudud yang boleh diperolehi kesaksian dengan pasti. Dan saya yakin mereka tentu sukar untuk memperolehi kes-kes yang seperti ini melainkan mereka perlu menghadapkan kes khalwat jua ataupun semogalah diluluskan usulcadangan pindaan kepada kanun kesiksaan ini agar pihak pendakwa dimudahkan semudah-mudahnya mengorak langkah membasmi kepahitan tatasusila masyarakat yang mendekati hari-hari akhirnya ini.

Kita tiada jalan lain lagi, kita tiada sumber penepis sebarang akibat dari kemurkaan Allah swt jika kita mendakwabicarakan seseorang dengan dakwaan zina tanpa sebarang benteng dibelakang kita. Maka benteng itulah yang perlu kita ujudkan bersama-sama serangan jihad kita yang sudah kewalahan ini agar setiap serangan yang kita rancang ada rancangan taruhan lagi yang akan menyambutnya.

 Jika seorang anak dara yang mengandung  tidak mahu mengaku zina, maka dimanakah kita akan dapat mencari saksi untuk mengatakan ia berzina, jika ia mengatakan ia diberikan ubat pelali, dan semasa ia tidur ia diperkosa dan ia tidak tahu siapa yang memperkosanya. Sedangkan pendakwa tahu siwanita hidupnya penuh dengan pesona cinta jejaka keliling kota.

Maka apakah hukuman yang layak bagi siwanita, adakah hukuman khalwat sahaja atau, dia didakwa dengan dakwaan yang lebih berat dan menakutkannya untuk mengulangi semula perbuatannya yang bebas bergaul dan bercinta dengan siapa saja. Saya percaya semua kita orang yang waras dan penuh iman di dada mahu siwanita dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari yang ada. Namun siwanita tidak boleh didakwa dengan dakwaan zina, kerana haram hukumnya mendakwanya seperti itu, siapa tahu memang benar ia tidak berdosa, menghukumnya zina akan membawa akibat yang tidak baik pada anaknya dan pada siwanita itu sendiri.

Kita juga tidak boleh menambah asnaf yang lapan itu untuk memasukkan siwanita hanya kerana siwanita dipenjara dan dibuang kerja. Oleh itu wajarlah kiranya, jika setiap hukuman menghampiri zina ini akan dikenakan dengan sebat dalam beberapa pukulan sahaja. Tanpa perlu dipenjara dan tanpa perlu didenda.

Hukuman sebat akan memberikan keadilan yang sewajarnya. Tidak kira kaya miskin tua dan muda. Cuma yang muda perlu lebih banyak sebat dari yang tua.
Kerana orang yang kaya tidak akan merasa apa-apa dengan denda yang ada. Orang yang miskin jika didenda pula akan menyebabkan keluarganya pula menanggung akibatnya. Hukuman penjara pula adalah hukuman yang selesa. Yang tidak baiknya, ia akan menjadikan orang yang dipenjara dibuang Negara atau dibuang kerja. Padahal hukuman dibuang kerja tidak dimasukkan dalam sebarang akta. Dimanakah keadilan kita?. Maka wajarlah diingatkan dalam setiap hukuman yang ada agar pihak yang disebat dari hukuman ta’zir menghampiri zina itu tidak boleh dipenjara dan tidak boleh didenda.

Semoga bermanfaat. Amin.



Jumaat, 9 September 2011

How to build an Islamic Unity among Muslim countries?

Bismillah:  

Muslims I love all of you. I love you in Allah.

Please say this to Muslim.

Type text or a website address or translate a document.
Malay to English translation
O brother, speak good words between you, and don't say yourself is better than the other brethren, that ye not divided. If you consider yourself are better than other believers, then you either at the time as same as Satan who considers himself better is than Adam a.s.

If you think that your opinion in the science of religion has a stronger evidence then others, but say only that what you opinion has a much stronger evidence and hopefully your opinion is closer to the truth.

But don't tell the other believers are wrong. It will cause hostility  between Muslim. But let's say that the words they had, had no strong evidence for lack of evidence or their evidence is not strong enough. But  you have to say that with good, gentle and loving speech. People will not hear words that sound like a gross contempt of another, even the words of their own father.


If you think or said yourself is better, more pious than other believers, or nobler, richer, more everything, it is feared it is a slander against you. Such feelings or words often take you down , so it would prevent you to listen to the words one else other than your opinion or the opinion of those who you feel right alone but perhaps their lack of hard evidence.


Even if you say you're more correct than the other, most likely, it will divide the unity of Muslims. This is forbidden in Islam. So say the words that do not cause disunity.

Say, if you are right, then the right is from Allah. And if you are wrong, it comes from yourself. With these words I hope that God will protect us from arrogance and pride and care for people who hear it from does not receive or keep them from totally accept what you say without making a thorough research.


May Allah protect us. Amen.


Currently, it is clear to us that Islamic countries can be united with each other in some things.
If they have any problems, the leaders will discuss. Al-Hamdulillah in their discussions, they can often take a good decision.

As we know. Muslim countries currently have the Organization of Islamic Countries, the OIC, which has its own Secretary General. Thanks to Allah, many our  problems which have arisen between the Islamic countries solved through this organization.

However, we realize that this organization is not a strong body that can reject the decision of the alleged association of more powerful people, the United Nations.

In fact, OIC cannot act on religious terrorists who abuse other people interpret the view of Islam.

OIC is not able to act quickly to save the Muslim countries suffering from disasters,  suffering from poverty, lack of knowledge, lack of affection between the governing country, lack of medicine, the shortage of teachers, lack of schools and etc.

These problems are big problems to be solved immediately. It make's many people from Muslim countries  become terrorists, bandits, pirates because of these problems.

Therefore we have no other way to counter the deficiencies other than unite our hearts, minds and energy together. In fact, we cannot stand united against the terrorism committed by the head of state like Libya's
Muhammar Gaddafi that prevents people for Friday prayers and congregational prayer unless we have the troops and our military leaders.

We have to have such a troops to protect our Muslims countries that lack any protections from bandits or pirates. We cannot let go of the hands of the military to provide supervision to non-Muslims to protect other Muslim countries. Because we know that non-Muslims will kill
innocent Muslims. We have a lot of evidences to see for example of the abuse of non-Muslim military. As well as in Iraq, Afghanistan, Palestine, Pakistan and Libya. How many innocents people have been killed by those ignorant military. Therefore we must have our own special forces to control the Muslim nations from the abuse perpetrators.

We also need to have our own leader, or caliph who could take the lead the competent people to administer urgent matters, which is yet to be decided by the United Muslim.
States. Without the administrator for urgent matters, the decisions made will bring increased catastrophe. Because the results that could be made can only be made long after the incident. So head for the Islamic countries should be appointed..

It is not enough with only the secretary
general . Its power is not enough to counter the terrorist countries like Gaddafi. Therefore we require the qualified leader. But don’t choose yourself and don’t choose your family or someone from your country. It will make the others didn’t trust others. But let’s the unity of Muslim scholars choose it for all. 

Let’s us act soon. The longer we let the more evil disasters that occur.  


If I’m right, then the right is from Allah. And if I’d wrong, it comes from me.




Khamis, 14 Julai 2011

Usaha Membatalkan Sihir Dajjal Terhadap Yahudi

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ  
  قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
  مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
  وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
   مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
  فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
   إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
   وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
  أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
   إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


 

Mudah-mudahan usaha ini diperkenankan oleh Allah swt jua. Dan diberkatiNya.

Saudaraku dan sahabat-sahabat sekalian. Kita telah tahu bahawa Tentera-tentera Dajjal itu adalah terdiri dari kaum Yahudi. Bahkan kita juga tahu bahawa Yahudi adalah kaum yang bijak.

Namun kebijaksanaan mereka itu nampaknya mereka gunakan pada jalan yang bukan sebenarnya mengikut kehendak Allah swt. Sedangkan kebijakan sebenarnya boleh membantu seseorang daripada jalan gelap kepada jalan kebenaran.

Sebaliknya mereka hanyut dan kebijaksanaan mereka tidak dapat membantu mereka. Adakah kerana kesombongan mereka, mereka tidak mendapat petunjuk?. Betul mereka tidak mendapat petunjuk adalah kerana kesombongan mereka.

Selain dari itu, mungkin ada lagi suatu yang lain yang menyebabkan mereka terpengaruh oleh Dajjal. Iaitu kuasa sihir. Jika kuasa sihir itu dibatalkan, mungkin Dajjal tidak akan dapat mempengaruhi mereka lagi. Bahkan apakah dia sihir Dajjal dan bagaimanakah Dajjal dapat menyihir Yahudi? Allahu 'A'lam. Apa yang saya dapat pastikan, Dajjal menyihir Yahudi dengan kebendaan dan nafsu dunia.

Bahkan mungkin juga dari simbulnya. Simbul Dajjal yang kita tahu ada pada simbul Freemason yang mempunyai dua tiang, matahari bulan dan bintang, lantai hitam putih seperti tapak permainan catur, dan simbul  G, pembaris patah yang menuju ke atas dan geometri yang menuju kebawah.

Pada hemat saya dua tiang itu menunjukkan 11 golongan kaum Yahudi dari 12 golongan yang masih tertinggal sekarang. Sedangkan satu lagi entah hilang kemana. Matahari, Bulan dan bintang pula ialah ibu dan bapa mereka manakala bintang-bintang ialah mereka sendiri.

Perkara ini disebut dalam surah Yusuf ayat 4:

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Manakala lantai yang berwarna hitam putih pula ialah warna syaitan, kerana memang syaitan suka duduk ditepi-tepi di antara dua kawasan. Kerana mereka akan mendapat kuasa dan kekuatan di sana. Sebab itu syaitan  suka wakti maghrib dan tanduknya akan menjadi panjang pada waktu maghrib seperti mana riwayat sebuah hadis. Bahkan ada ulama pula yang melarang kita duduk di tengah-tengah bayang dan cahaya matahari, duduk antara bandul pintu, berada di antara dua arus laut dan sungai dan lain-lain lagi.

Lambang yang ada G dan Geometri dan Pembaris itu sebenarnya adalah lambang lelaki dan perempuan sedang mengadakan hubungan SEX. Saya telah menyatakannya pada anda dalam entry yang lalu di dalam rencana

Apakah Erti Symbol I Love You dan Symbol Freemason sebenar?

http://renunganhaqiqi.blogspot.com/2011/06/apakah-erti-symbol-i-love-you-dan.html

Jadinya sahabat, saya berpendapat dari ayat yang saya sebutkan tadi dan juga simbul yang ditunjukkan oleh Dajjal dalam kumpulan Freemason,  Dajjal telah menyihirkan hati Kaum Bani Israel dari tunduk kepada Nabi Yusuf kepada Nafsu.

Pada pendapat saya, kita hendaklah berusaha sedaya upaya yang kita ada untuk melawan Dajjal dan kalau boleh membatalkan apa sahaja sihir yang ada selagi kita mampu.

Mudah-mudahan jika kita menyebarkan 10 ayat bacaan surah al-Kahfi dan mengubah lambang freemason seperti yang saya tunjukkan di atas, Dengan bantuan Allah swt jua Bani Israel akan dapat diubah hati mereka daripada tunduk kepada Dajjal  dan beralih tunduk kepada Allah swt dan tunduk kepada ajaran Nabi Muhammad saw. Amin. Allahu 'A'lam.

Kenapa Perlu Mengubah Hati Pengikut Dajjal?

Mungkin perkara ini tidak perlu saya jelaskan. Namun  mungkin ada jua pihak yang memerlukan penjelasan. Bahkan mungkin juga ada pihak yang suka membantah dan berdebat dalam perkara ini yang mungkin akan mengatakan, biarkanlah Yahudi menjadi tentera Dajjal dan menjadi Musuh Allah. Bukankah Allah swt telah berjanji untuk memenangkan umat Islam dalam perperangan melawan Yahudi dan bermacam-macam lagi bantahan.

Jika ini pendapat mereka, maka saya akan mengatakan pada mereka bahawa, memang benar Allah swt telah berjanji membantu umat Islam melawan Yahudi dan memenangkan Umat Islam dalam perperangan itu. Bahkan jika Dajjal tersebut sendiri yang berperang, Dajjal itu juga akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s.

Walaubagaimanapun, meskipun Allah swt berjanji untuk memusnahkan Yahudi dan Dajjal, Allah swt juga masih memerintahkan kita berusaha dengan sepenuh ikhtiar. Jika kita tidak berikhtiar dengan sedaya upaya dan tenaga, dengan penuh usaha minda dan juga harta benda setakat mana yang dimampui dan  tidak ada seorang manusiapun yang berusaha untuk itu, maka kewajipan untuk melaksanakannya adalah masih tergantung. Lalu bagaimanakah Allah swt akan membantu kita, kalau kewajipan kita masih belum tertunai? Adakah kita mahu bantuan terhadap kita dilewatkan oleh Allah swt sehingga kita benar-benar lemah tidak bermaya?


Jadinya, sebelum kita lemah, sebelum kita tidak tidak mempunyai apa-apa daya untuk melawan langsung, maka dengan sumber yang ada sekarang, kita hendaklah menjananya agar kita mempunyai segala kekuatan dari segala dan segenap bidang apapun tanpa kecuali dan menggunakan kekuatan itu semaksima yang mampu untuk melawan Dajjal dan fitnahnya. Kerana itulah tugas kita sebagai umat Islam sebenarnya. Tidak mustahil Bani Israel juga mempunyai kekuatan dalam segala dan segenap bidang. Kita juga perlu memasuki bidang penguasaan hati Kaum Bani Israel ini seperti yang dimiliki oleh Dajjal, bahkan hendaklah kita mempunyai cara untuk memusnahkan sihirnya?

Jika Ditanya Adakah Perkara Ini Tidak Sia-Sia?

Maka saya katakan pada anda mudah-mudahan tidak, kerana Allah swt sahaja yang tahu dan Allah swt sahaja yang akan menolong kita. Namun kita hanya dapat  bertawakkal, berdoa dengan penuh fokus dan harapan dan berusaha semampu yang boleh.

Perkara ini tidak sia-sia kerana sihir ialah suatu perkara yang mistik, ia sebenarnya hanya akan berkuasa kepada orang-orang yang tidak dibantu oleh Allah swt. Manakala orang yang dibantu Allah swt akan ditolong oleh Allah swt dijauhkan dari Sihir.

Nabi Muhammad saw sendiri diriwayatkan dalam Hadis telah disihir oleh seorang Yahudi. Lalu Nabi Muhammad saw telah ditolong oleh Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril as dan Malaikiat Mikail as.untuk meleraikan sihir itu. Bahan sihir itu telah dimasukkan oleh penyihir di dalam sebuah telaga dan telaga itu telah dikambus sebahgiannya oleh Nabi Muhammad saw. sehingga bahan sihir itu tidak dapat digunakan lagi oleh penyihir. Ataupun sepertimana peristiwa yang berlaku pada hakikatnya pada masa itu. Allahu 'A'lam.

Jika Nabi Muhammad saw boleh disihir dan ada bahan sihirnya dibuat dari sesuatu dan bahan sihir itu boleh dimusnahkan. Maka saya berpendapat Dajjal juga tentulah telah menyihir seluruh kaum bani Israel melainkan  satu puak yang hilang saja yang belum disihirnya. Dan tentulah nanti sihir itu tidak akan hilang selagi bahan asasi sihirnya tidak dimusnahkan.

Bahkan Rasulullah saw pernah mengajar kita untuk membaca 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi untuk melawan fitnah Dajjal.

Sebenarnya gambar di atas adalah untuk menolong kita berniat semasa membaca 10 ayat surah al-Kahfi itu agar diniatkan supaya sihir Dajjal itu tidak menjadi dan tidak mengenai lagi pada Bani Israel.

Jadi bacaan dan niat kita dan dengan penukaran gambar-gambar dan juga menterbalikkannya menjadi tunduk kepada Allah swt, saya berpendapat dengan bantuan Allah dan dengan berkat doa dan niat kita yang lebih fokus kepada doa kita, ianya sedikit demi sedikit akan menterbalikkan hati Bani Israel dari tunduk kepada Syaitan menjadi tunduk kepada Allah swt. yang bergantung kepada bacaan Surah al-Kahfi kita dan niat kita  tadi untuk menterbalikkan sihir itu agar mereka tunduk kepaa Allah swt dan Ajaran Nabi Muhammad saw.

Ini adalah sebagai satu ikhtiar kecil kita sebelum kita benar-benar dapat memusnahkan peralatan sihir yang sebenar.

Dan selain itu sekurang-kurangnya apabila melihat gambar dan rencana ini juga, Umat Yahudi akan terjaga dari sihir yang dikenakan ke atas mereka. Amin.

Apabila Yahudi telah tidak dikuasai sihir Dajjal, maka bukankah pada ketika itu, umat Islam akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya? Bahkan mudah-mudahan jua jika masih ada sebahgian dari Umat Yahudi yang ikhlas. Dengan pelepasan dari sihir-sihir itu, mereka akan memeluk Islam dan menolong umat Islam menentang Dajjal dan Yahudi yang menentang Allah swt. Amin.

Mudah-mudahan bermanfaat dan mudah-mudahan diterima Allah swt. Amin.





Sabtu, 9 Julai 2011

Adakah anda tahu kenapa hitungan tarikh masihi dinamakan Gregorian Calendar? Kenapa dinamakan seperti itu?

 Printable calendar 2011
Bismillah: Greogorian sebenarnya berasal dari nama gelaran seorang pope yang telah membuat keputusan untuk mengubah kiraan Kalendar Masihi yang pada mulanya disebut Julian Calendar berdasarkan nama Hercules Julius Caesar. 



Apabila mendapati bahawa dalam kiraan 365.25 dalam masa setahun itu sebenarnya kurang 11 minit setiap tahun. Maka perkiraannya diubah dan disesuaikan. Dan kalendar itu disebut sebagai Georgian Calendar berdasarkan keputusan Pope Gregory yang menjadi pemimpin orang-orang Kristian pada masa itu.


Nama asal Pope Gregory sebenarnya ialah Ugo Boncompagni.




Diberikan nama Pope Gregory berdasarkan urutan nama yang sudah dicipta sebelumnya. Seperti penamaan ribut taupan. Sebelum ada ribut taupan berlaku, senarai nama yang panjang bagi taufan-taufan yang akan berlaku sudah dibincangkan dan sudah ada dituliskan.


Asal nama Gregori bererti:


Kamus Internet:
Origin: LL Gregorius < Gr Grēgorios, lit., vigilant, hence, watchman < dial. form of egeirein, to awaken < IE base *ger-, to grow, awaken.



Walau bagaimanapun saya berpendapat ia lebih sinonim dengan Negara Georgia di utara Iran sekarang.

Di Amerika Negeri Georgia juga ada terdapat disana. Bahkan ramai orang yang bernama George. Mantan-mantan Presiden Amereka banyak yang bernama George begitu juga dengan Raja-raja dari United Kingdom. Banyak pendapat yang mengatakan bahawa semua orang-orang eropah sebenarnya berasal dari negara Georgia ini.


Bahkan saya berpendapat bahawa tentera Ya'juj dan Ma'juj adalah berasal dari negara Georgia ini.

Dan sebutan Ya'juj dan Ma'juj yang disebutkan dalam al-Qur'an adalah merujuk kepada nama George ini. 


Bila kita melihat lambang freemason, kita akan melihat lambang G dengan huruf besar di tengah-tengah lambang itu. 

Photobucket

Saya pasti bahawa G itu adalah berasal dari Gog dan Magog yang disebutkan dalam al-Qur'an sebagai Ya'juj dan Ma'juj.


File:Royal arcade melbourne gog and magog.jpg










Sebab mereka sendiri mengakui dengan terang dan bangga bahawa merekalah Gog Magog itu. Lihatlah gambar-gambar di atas.



Menurut Hadis Nabi saw. Dalam Sejarah Islam. Dajjal sudah disebutkan dari sejak Nabi Nuh a.s. lagi. Nabi Nuh telah mengingati kaumnya tentang bahaya Dajjal.


Ditaqdirkan Allah swt Gunung Judi yang disebutkan dalam al-Qur'an di mana Nabi Nuh terdampar setelah peristiwa Bumi Tenggelam adalah bersebelahan dengan Negara Georgia.


Kubu Zulkarnain juga yang menghalang Ya'juj dan Ma'juj terletak di Iran. Kubu itu terletak di utara Iran dan hampir dengan negara Georgia sekarang. 

Adakah anda semua  ingat Zulkarnain itu menutup lubang bumi?

Zulkarnain hanya membuat pagar sahaja yang tinggi sahaja di sekeliling negeri. Jika ia hanya membuat pagar Adakah pagar Zulkarnain boleh menutup Ya'juj dan Ma'juj secara keseluruhan?

Selain itu Nabi Muhammad saw ada menyebutkan mengenai hanya 1 dari 1000 orang manusia di bumi ini masuk syurga. Selebihnya masuk Neraka.

Rasulullah saw menerangkan kepada sahabat r.a. agar jangan khuatir sebab orang yang beriman itu sebenarnya hanya sedikit, orang tidak beriman itu diramaikan oleh Ya'juj dan Ma'juj.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Dari Hadis ini membuktikan bahawa Ya'juj dan Ma'juj itu sebenarnya manusia. Mereka bukan orang atau makhluk lain dalam tanah. tetapi mereka sebenarnya ialah keturunan manusia yang tidak beriman dan mereka bukan jua dari kalangan ahlul kitab.



Oleh itu saya pasti dan yakinlah wahai teman dan sahabat bahawa kita sekarang sedang menggunakan kalendar Ya'juj dan Ma'juj. Astaghfirullah Al-'Adzim. 


Jika saya betul pujilah Allah swt. Maafkan saya kerana memberikan kabar yang tidak menyenangkan ini. Semoga kita semakin hampir kepada Allah swt jua
 

Rabu, 15 Jun 2011

PUM Gesa Dakwa Pelukis Hina Islam

Atau Ada Cadangan Lain?

Maaf Kartun Tidak Di Siarkan ... 
 

Harakahdaily   



  

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam.

“Perkara ini tidak harus dibiarkan,” ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu.

Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya lagi.

Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak  konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama.

Apa Pandangan Kita?

Kartun itu memang Jahil.

Dakwaan Rogol Sebenarnya boleh disabitkan dengan bukti-bukti lain.

Umpama: 

1. Kesan Calar atau gigitan di Badan Perogol kerana perlawanan mangsa saat awal.

2. Kesan Koyak di Baju Perogol Bahagian Depan (Bukan Belakang)

3. Kesan kesan koyak di pakaian mangsa. ( Bukti nombor 2 dan 3 ini sama seperti cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha. Jadi jangan kata Islam tiada cara untuk membuktikan rogol.dan jangan hina Ugama Islam sembarangan)

4. Kelamin mangsa koyak, kesan lebam di badan mangsa kerana dipukul oleh perogol.

5. Air mazi mangsa tidak keluar.

6. Mangsa di bawah umur akil baligh.

7. Ada bukti penculikan atau penderaan atau ugutan atau paksaan atau di dalam badan mangsa terdapat kesan-kesan ubat khayal yang menjadikan mangsa tidak siuman semasa dirogol.


Namun ,,,
Siapa yang akan membuat dakwaan terhadap penghinaan itu?

Dalam Kategori apakah kes itu nanti akan di masukkan. 

Adakah ia Kes Jenayah Atau Kes Penghinaan atau Fitnah?

Adakah ia Kes Jenayah Islam, Atau Kes Jenayah Sivil?

Jika Kes Jenayah Adakah Pihak Kerajaan akan membuat dakwaan itu pada Surat Khabarnya atau sekurang-kurangnya Surat Khabar yang menyokongnya?

Atau Sekurang-kurangnya Mahukah Pihak Kerajaan mendakwa Pelukis dan Ketua Surat Khabar itu untuk menghilangkan kesan arang dimuka sendiri?
Jika Kes Penghinaan atau Fitnah, Siapakah yang paling berhak untuk membuat Dakwaan itu?

NGO Islam? Dan Adakah mereka akan dibenarkan oleh undang-undang?

Jika tidak dibenarkan oleh undang-undang pendakwaan itu, maka adakah Cukup dengan permohonan Maaf Sahaja?

Jika perlu dibayar dengan pampasan, kepada siapakah nanti dibayar Pampasan Bayaran Penghinaan itu? 

Adakah di bayar kepada pihak kerajaan semula yang menjaga Baitulmal  kerana bayaran kepada orang Islam perlu dibayar kepada Baitulmal. 

Atau dibayar terus kepada Fakir Miskin atau mana-mana Asnaf yang berhak? 

Atau anda mempunyai cadangan yang lebih bernas dan menarik hati semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini. Atau anda mahu dengan adanya kes ini, anda mengambil peluang di dalam nya agar Syi'ar Islam di dalam undang-undang Negara itu dinaikkan dengan setinggi-tingginya?

Ya jika kita bijak dan Allah berkenan, Insya Allah, dengan kes ini kita boleh menukar undang-undang Jenayah Sivil kepada Hudud. Siapa yang boleh melakukannya?



Bagaimana caranya?

Sebenarnya dengan Video atau dengan pengakuan seseorang sahaja tanpa ada bukti sampingan yang kuat, tidak boleh membuktikan Kes samada dalam Islam atau pun Sivil. Namun jika ia boleh  di dakwa dan dibuktikan jua, bermakna perjalanan pendakwaan dan perbicaraan itu dari Awal hingga Akhir dan juga keputusannya adalah keputusan yang tidak adil.

Jika Undang-undang Sivil pernah menerima dakwaan seperti itu, bermakna Mahkamah Sivil itu sendiri telah menghina dirinya hingga menyebabkan ia tidak dihormati dan tidak ada kredibiliti lagi untuk menjalankan setiap kes.  Mahkamah terlalu penting untuk mengamankan masyarakat. Namun jika mahkamah tidak lagi dapat dipercayai kerana pernah melakukan ketidakadilan. Maka negara akan hancur dibuatnya. 



Darimanakah silapnya?


Adakah kerana Sistem pengambilan Hakim yang tidak mengikut lunas-lunas Islam?


Adakah kerana sistem prosedur Pendakwaan dan Penghakiman itu tidak mengikut undang-undang Islam? 


Adakah kerana sistem pembelajaran Ilmu pihak-pihak berkuasa itu tidak mencukupi sehingga mereka jahil terhadap Islam dan keadilan sebenar? 


Jadi jika semuanya tidak mencukupi, maka mereka tidak layak untuk berkuasa.

Isnin, 6 Jun 2011

Apakah Erti Symbol I Love You dan Symbol Freemason sebenar?

Mereka beriya-iya mengatakan symbol I love You itu dengan keterangan seperti di bawah ini. Namun adakah ia benar?

Sila baca dulu dan baca komen saya di bawah sekali.

I Love You

We do small things with great love to make a vital difference in the lives of others.

A symbol has been added to the Ragpickers Amulet to help convey a meaningful, at-a-glance reminder to the Ragpicker wearing it.

This is the symbol:



The symbol is an abstract of the sign for "I Love You" in American Sign Language.

I Love You Symbol

The "I Love You" sign is a combination of all three letters, "I," "L," and "Y."


The "I Love You" sign has several meanings for the Ragpicker:

First, each finger reminds us of the "The [five] laws of happiness and success" found in Og Mandino's God Memorandum:
  1. Count your blessings.
  2. Proclaim your rarity.
  3. Go another mile.
  4. Use wisely your power of choice.
  5. And one more, to fulfill the other four. Do all things with love…love for yourself, love for all others…and love for God. 
Jika kita lihat sekali penjelasan di atas, maka kita akan percaya bulat-bulat kata-kata mereka. Namun samada anda percaya atau tidak, pada pendapat saya symbol I love itu adalah berasal dari symbol freemason di bawah ini.
View Image

Kenapa?

Bukankah pendapat saya ini tidak diketahui oleh orang lain dan saya hanya mengandai sahaja dan tiada bukti? mungkin itulah yang akan anda katakan pada saya. Tapi baca dulu pendapat saya di bawah ini.

Lihat lah dua hujung kayu pembaris yang berbentuk v itu. ia menuju ke atas. Manakala dua hujung jometri pula menuju ke bawah. Bukankah ia sama dengan dua jari menuju atas dan dua jadi menuju ke bawah.

Sebenarnya gambaran symbol di atas tiada lain daripada gambaran kaki wanita yang bertumit tinggi dan tajam di sebelah atas dan kaki lelaki  yang berkasut tumit tumpul di sebelah bawah. Dalam gambaran ini, lelaki dan wanita di gambarkan melakukan persetubuhan.

Dalam kepercayaan salah satu cabang christian, mereka mempercayai mereka akan berjumpa dengan Tuhan jika mereka berjimak. Kerana mereka akan mendapat anak apabila berjimak. Maaf sumber saya  hanyalah buku novel Da Vince Code, Dan Brown. Namun saya yakin dalam novel itu mereka menerapkan kepercayaan Freemason, kerana dalam Novel itu dan Novel lainnya, Dan Brown menerapkan kepercayaan Freemason, iaitu mengagungkan kepercayaan yang mempunyai bukti dan tanda lebih awal dari kepercayaan lain, iaitu kepercayaan Egyptian. Sedangkan banyak symbol-symbol Firaun mesir itu ada di lambang -lambang Freemason. Bahkan dalam duit 1 dolar US juga mempunyai lambang piramid.

Untuk menarik perhatian penganutnya, saya percaya symbul G yang ditulis dalam symbol freemason itu mereka maksudkan dengan makna God. Bahkan saya juga percaya jika symbol itu juga besar kemungkinannya berasal dari Gog Magog. Kenapa?  Insya Allah  Saya akan ceritakan pada kesempatan lain.

Selain itu, Orang putih juga selalu menggunakan perkataan bersetubuh ( berjimak) dengan perkataan "make love". Oleh itu bila mereka menayangkan symbol tangan ini, mereka sebenarnya menunjukkan symbol " I make love to you" pada anda. 

Tidakkah anda malu? Maka jangan terikut-ikut semua perangai mereka. Mereka memang jauh tersimpang dari kebenaran. Semua isi hati dan pergerakan mereka dikawal oleh nafsu dan perkara-perkara yang mendorong kebencian Allah swt. Kerana memang itulah niat mereka. Mereka mahu melawan Allah swt dalam semua perkara. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.