Rabu, 2 Januari 2013

Kepentingan Teguran Dan Nasihat


Bismillah:  Assalamu 'Ala Man ittaba'aa al-Huda
 
 
 
Ahli hikmah menyatakan teguran dan nasihat itu adalah sama seperti cermin. Tanpa cermin kita tidak akan tahu kesilapan kita dalam berpakaian dan sebagainya.

Bahkan teguran dan nasihat itu amat penting untuk manusia, ianya sama seperti kehidupan manusia itu sendiri.

Kerana tiada siapapun yang sempurna. Setiap manusia tentu ada silapnya, bahkan setiap manusia amat jarang yang tahu semua kesilapan dirinya sendiri walaupun ia bertugas sebagai penasihat. Oleh itu ia memerlukan nasihat orang lain pula bagi dirinya sendiri.

Oleh itu boleh kita katakan bahawa tanpa nasihat dan teguran, manusia akan buruk dan tercela segala perangainya amal perbuatannya, dan boleh juga dikatakan tiada ertinya kehidupan manusia jika tidak mahu mendengar nasihat dan teguran orang lain.

Namun siapakah yang sanggup memberikan teguran kepada kita, lebih lebih lagi dalam semua amalan kita?

Oleh itu kita perlu banyak dan sentiasa membaca dan mendengar ceramah, walaupun buku bacaan kita itu kita baca berulang-ulang.

Ingatlah bahawa masyarakat yang maju hanya lahir dari masyarakat yang banyak ilmu pengetahuannya. Ilmu pengetahuan pula hanya akan tumbuh dari pembacaan yang banyak.

Di samping itu, walaupun kita sudah banyak membaca, namun terimalah teguran dan nasihat dengan berlapang dada. Anggaplah ia suatu bonos atau hadiah hari lahir atau suatu makanan yang sedap untuk dinikmati.

Selasa, 18 Disember 2012

Cinta Allah



Bismillah: Sahabat Marilah kita mencari cinta Allah sepenuh hati.  Marilah berdoa dan berusaha agar kita lebih mencintai Allah swt lebih dari yang lain didunia ini. Marilah berdoa agar kita mencintai orang yang mencintai Allah dan agar kita cinta kepada amalan yang mendekatkan kita kepada cinta Allah swt. Marilah berusaha agar dalam segala amal kita, kita utamakan dulu untuk mendapat keredhaan Allah,

Cinta Allah itu cinta abadi. Tiada awal tiada akhirnya, tiada bandingan tiada terhingga.
Allah yang menciptakan perasaan cinta untuk manusia dan makhluknya hidup di dunia dan mengajarkan kepada kita bagaimana untuk mencintai sesuatu. Tanpa cinta, manusia dan segala makhluknya tidak akan mampu untuk hidup.

Allah jualah yang menjadikan hati di mana cinta itu bertakhta. Menjadikan orang yang mencintai dan menjadikan orang yang dicintai.

Allahlah yang mentaqdirkan seorang itu jatuh cinta kepada seseorang yang lain dan Allah jualah yang mentaqdirkan samada cinta itu berbalas atau tidak. Allahlah yang menentukan berapa qadar kecintaan seseorang itu terhadap sesuatu dan Allahlah yang menentukan berapa kadar nikmat yang dirasa oleh seseorang itu apabila mencintai atau dicintai. Semua cinta itu sudah ditaqdirkan lama sebelum dunia dicipta.

Cinta Allah itu jua dinukilkanNya di dalam nas al-Qur'an di baris pertama permulaan surah. Di dalam lafaz Bismillahirahmanirahim. Lafaz cinta yang diabadikan melalui bibir Nabi Muhammad saw yang agung yang paling dicintaiNya dan amat kita cintai. Melaluinya Allah mengajarkan kita bagaimana cara terbaik mencintai Allah dan bagaimana mencintai seseorang.

Cinta Allah melebihi cinta ibu bapa. Kerana Allah swt jualah yang mencipta ibu bapa dan bahkan mencipta dan mentaqdirkan cinta mereka dan mengajar mereka bagaimana cara mencintai anak-anak. Cinta Allah melebihi cinta nabi-nabi kepada umatnya, kerana  Allah swt jualah yang mencipta nabi-nabi itu, mentaqdirkan dan bahkan mencipta cinta mereka dan mengajar mereka bagaimana cara mencintai umat.

Tanpa cinta Allah swt kepada kita, mana mungkin kita dapat solat, membaca al-Qur'an dan mengerjakan ibadat lainnya. Tanpa cinta Allah swt pada kita, mana mungkin boleh kita rasa tenang dan nyaman. Tinggal dinegeri penguasa yang Zalim lagi kita akan merasa rimas sepanjang masa, maka apa lagi jika Allah swt tidak mencintai kita? 

Sememangnya kebanyakan kita mengakui bahawa mereka cinta kepada Allah swt. Memang Ia adalah suatu perasaam luhur yang mampu dimiliki oleh setiap hati.
Namun mengapakah perasaan cinta kita kepada Allah itu tidak dapat kita luahkan dalam amalan kita? mengapakah kita bagai mencintai perkara yang lain lebih dari cinta kepada Allah?

Jawapannya ada pada diri kita, iaitu kita perlu merendahkan hati pada Allah, berdoa selalu dan berjihad sepanjang masa agar segala amal dan perbuatan kita hendaklah kita utamakan amal untuk meraih cinta Allah swt terlebih dulu.

Ahad, 15 Julai 2012

Kuliah Subuh Sempena Cuti Ganti Hari Keputeraan




Bismillah: Assalamu Alaikum.

Kuliah Subuh Antara Blogger Sempena Cuti Ganti Hari Keputeraan.

Wahai sahabat Ana telah menasihati kamu semua, dan Ana akan terus menasihati kamu tanpa rasa bosan insya Allah sehinggalah kamu semua berubah.

Bahawa segala amalan yang kita buat walaupun kita ikhlas kerana Allah swt, bukan kerana yang lain, namun jika kita tidak mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah swt maupun Rasulnya maupun Ijma' atau kata sepakat ulama, maka amalan kita itu adalah sia-sia. Jika ketiga-tiganya tidak ada kamu perolehi maka barulah boleh kamu memakai pendapat kamu atau lebih baik lagi kamu mengambil pendapat sebahagian ulama yang pendapatnya benar-benar memuaskan hatimu.

Oleh itu sahabat, bertudunglah, Tutuplah rambutmu walaupun di dalam gambar di dalam Internet sahaja. Kerana gambar itu bukan sahaja membuatkan kamu berdosa, tetapi segala amalan yang kamu buat pada masa lalu juga akan menjadi sia-sia. Kerana Allah swt hanya akan menerima amalan yang diamalkan oleh orang yang bertaqwa.

Rendahkanlah hatimu dan ikutilah nasihat ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda "

Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada terdapat sedikit sifat sombong"


Wa iyadzu billah min dzalik.

Maka sahabat, janganlah diikuti perangai katun yang ada dalam gambar ini. Bukankah sahabat menyampah melihatnya. Maka bagaimana pula Allah swt dan malaikat. Adakah sahabat mahu menjauhkan diri dari Rahmat Allah swt.

Jika sahabat masih mahu mendapatkan rahmat dari Allah swt, maka sayangilah diri sahabat dengan mengikut ajaran Allah swt. Ikhlas kepada Allah swt hendaklah diikuti dengan mematuhi segala perintahnya, agar kita akan semakin cinta dan dicintai oleh Allah swt. Bukankah ianya sama dengan menyayangi manusia. Kalau kita cinta kepada ibu bapa, maka kita perlu mengikut segala perintah mereka. Kalau kita melawan atau mungkin lambat mengikuti, hati ibu bapa akan terguris, cinta mereka kepada kita dan cinta kita kepada mereka akan menjadi tawar atau pahit rasanya.

Sahabat, renungkanlah dan rendahkanlah hatimu untuk mengikuti nasihat Ana ini. Semoga bermanfaat. Aaamiiin. Wassalam.

Jumaat, 9 Mac 2012

Saka


Bismillah: Sedikit Ilmu mengenai Saka.

Fakta Mengenai SAKA Yang Perlu Kita Tahu

Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana

mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam ...surah al-Hijr

yang bermaksud:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia)

memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
(Surah Al-Hijr 15:39)

Saka adalah antara perbuatan “Ilmu Hitam“ yang sudah lama wujud

dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya

menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala,

Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar.

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

Antara Fakta Mengenai Saka:

1- Berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati,

lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

2- Pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar daripada jasad

menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

3- Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam

antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah,

membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.

4- Upacara saka dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan.

Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat

dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.

5- Syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan

makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.

6- Manusia yang menggunakan Saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri,

ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu

membantunya bekerja di ladang atau lautan.

7- Permulaannya Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti

melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

8- Apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup

dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

9- Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri

atau anak perempuan tuannya.

Dan gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

10- Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain

apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya

dengan darah, kemenyan atau sebagainya.

11- Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan

menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain.

12- Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan

mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu

dan menyakiti mereka kerana marah.
(Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah
HARAM disisi Islam.)

13- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis,

Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala

Saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”.

Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

14- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah

barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran.

15- Antara jenis-jenis saka ialah,

Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh,

Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya,

Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular,

Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus.

(Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang,

jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.),

Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal,

Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan

Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

16- Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam

yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,

mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang

menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah HARAM

17- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah

mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98),

sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila

berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan

Wallahu’alam….

Rabu, 7 Mac 2012

Perselisihan Ummat Dan Bagaimana Penyelesaiannya

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والسلام على من اتبع الهدى


Kita kadang-kadang diajukan suatu fakta atau masalah atau perkara baru yang tidak pernah dengar dalam ugama. Kadang-kadang fakta itu berlawanan dengan fahaman kita. Apa yang merisaukan kita ialah, kita takut ianya akan melemahkan fahaman orang-orang yang baru belajar ugama. Kita takut orang-orang yang baru belajar akan berhenti belajar atau lebih teruk lagi mereka meninggalkan ugama kerana ketidaksefahaman kita dalam berugama.


Adakah kita perlu menegur pemberi fakta tersebut agar ia berhenti agar orang-orang yang baru belajar ugama tidak tersalah faham dan tidak pula memandang serong terhadap ugama, atau kita perlu memintanya agar memberikan keterangan yang lebih dalam agar orang yang membacanya faham terhadap fakta yang diberikan. Namun malangnya ada sesetengah pihak, ada yang terlupa memberikan penerangan mereka terhadap fakta yang dipersoalkan pembaca.


Apakah perkara yang patut kita lakukan dalam mengatasi masalah ini? Adakah kita patut menambah perkongsian itu dengan menerangkan keterangannya yang putus. Atau adakah kita perlu membiarkan sahaja sehingga kehadiran pemilik fakta untuk mengubahnya?


Sebagai orang yang baru belajar, memang banyak yang masih mengelirukan dalam hal-hal seperti ini. Memang merisaukan dan memang menakutkan. Memang banyak ustaz-ustaz yang merasa perkara yang dalam-dalam ini perlu didiamkan sahaja.


Walaubagaimanapun, perkara ini pada pendapat saya amat berbeza pula. Saya lebih suka ianya dijelaskan, namun penjelasannya hendaklah dengan secara hikmah dan detail. Berwaspada agar tidak timbul perselisihan. Dan tidak sefahaman dalam ugama.


Kerana dengan jalan penerangan dan perbincangan inilah saja kita akan dapat bersatu semula. Selain itu, jika kita asyik mendiamkan perkara yang dalam ini, sampai bilakah kita akan mendapat Ilmu.


Jarak antara kita dan Nabi Muhammad saw sudah lebih 1400 tahun. Adakah tempoh ini tidak cukup untuk mengatakan bahawa kita sudah bersedia menerima ilmu apa sahaja dari ugama? Adakah keadaan seperti sekarang ini membolehkan kita menyembunyikan sesiatu dari Ilmu.


Al-Hamdulillah. Namun pada hari ini, kita semua sama-sama risau pada penyelewenga-penyelewengan ugama yang semakin banyak berlaku.

Setiap kata hikmah ulama yang diberikan akan ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Itulah yang berlaku ketika ini. Dan kerana inilah juga semakin banyak perpecahan dalam umat Islam.

Dan kerana itulah juga Nabi Muhammad saw bersabda " bahawa umat Yahudi akan berpecah kepada 71 golongan, umat Nasrani akan berpecah kepada 72 Golongan dan Umat Islam akan berpecah kepada 73 Golongan, Cuma satu golongan yang selamat, iaitu golongan mengikut Sunnahku dan sunnah-sunnah khulafa al-Rasyidin.

Dalam riwayat yang lain golongan yang selamat ialah golongan Jamaah. (Bilangan yang paling banyak dari semua golongan itu)

Nombor 71 hingga 73 ini menurut sebilangan ulama yang muktabar, bukanlah tepat 71 hingga 73. Sebenarnya umat Arab memang suka menggunakan bilangan 7 ini untuk mengatakan ia suatu yang banyak dan tidak dapat dihitung. Angka 73 bagi umat Islam dalam hadis ini menandakan bahawa umat Islam itu lebih banyak berpecah dari umat yang sebelumnya.

Perkara ini menjadi kenyataan sekarang. Kerana apabila kita lihat umat Yahudi itu ketika ini tidak melebihi 25 juta orang jadi tentulah perpecahan mereka juga agak kurang. Manakala golongan kristian pula, walaupun mereka umat yang besar dan perpecahan mereka kalau dikira berarus-ratus jumlahnya, namun perpecahan dikalangan umat Islam sebenarnya lagi banyak.

Daripada Hadis ini sebenarnya, dapat kita pastikan bahawa, pihak-pihak yang mengatakan mereka lebih baik dari golongan yang lain, mungkin akan terkeluar dari Jama'ah Islam. Sebab apabila ia mengatakan golongannya lebih baik, maka ia akan mencipta satu golongan.

Oleh itu kita tidak boleh mengatakan dengan pasti kita lebih baik dari orang lain sebab mana tahu pendapat kita yang kita pegang juga adalah salah.

Kita juga tidak boleh membiarkan diri kita dalam keadaan yang tidak betul pada pendapat kita. Kerana dalam keadaan ini akan menyebabkan kita terlepas dari golongan yang memegang Sunnah Rasulullah saw. Oleh itu kita hendaklah sentiasa membaca al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw dan mengamalkan apa yang dibaca itu dan mengajarkannya pada umat Islam di masjid. Kerana dengan itu sahaja kita akan tetap berada dijalan yang lurus dan sentiasa menyertai Jemaah. Kenapa di masjid, kerana di masjidlah tempat yan terbaik untuk berjemaah dan belajar disebabkan nur yang di dapati dari sana adalah nur dan petunjuk yang tertinggi jauh meninggalkan tempat-tempat lain.

Kita juga tidak boleh mengatakan umat Islam yang lain adalah umat yang salah dari segi syariah dan akidahnya. Lebih -lebih lagi jika mereka sudah melaksanakan rukun Islam yang lima dan mengakui 6 asas rukun Iman. Sebab jika berlaku perselisihan pendapat, mereka mempunyai alasan mereka yang kuat. Mengatakan orang salah, akan menimbulkan perselisihan serta merta.

Oleh itu, umat Islam ketika ini hendaklah belajar dengan ikhlas dari setiap golongan yang ada untuk mencari kebenaran dan bukan untuk mencari kesalahan. Kerana setiap golongan Umat Islam itu ada keistimewaannya masing-masing. Kita juga perlu belajar dengan sabar, kerana setiap ulama itu sebenarnya di uji oleh Allah swt dengan ulama yang lain pula. Ingatlah kisah Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir a.s.

Sebenarnya perpecahan dalam Islam ini telah ujud di zaman nabi Muhamamad saw sendiri. Beginda telah berdoa kepada Allah swt agar umatnya tetap dalam satu golongan sahaja. Namun apakan daya, inilah salah satu dari 3 doa Nabi Muhammad saw yang tidak di makbulkan Oleh Allah swt. Kerana Allah swt telah mentaqdirkan perpecahan golongan-golongan ini sebelum mencipta manusia lagi.


Kita tidak tahu mengapakah Allah swt mentaqdirkan perpecahan ini kepada umat Islam?, namun kita hanya dapat mengagak, antaranya ialah di dalam al-Qur'an disebutkan untuk kita saling kenal mengenal di antara satu sama lain, selain itu agar kita berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan masing-masing menurut ajaran yang dipelajari dari guru mereka. Namun tidak boleh merasakan golongan sendiri lebih baik, kerana selain dari mengujudkan perpisahan tadi, ia juga akan mengujudkan kemalasan pada diri sendiri untuk belajar dan beramal kerana merasakan diri sudah hebat.


Selain itu saya juga berpendapat bahawa perpecahan ini ada hikmahnya, iaitu agar kita akan merasa bahgia bila kita dapat berkumpul semula seperti sebuah keluarga yang berpisah kerana pertikaian, tetapi bila mereka membuang yang keruh dan mengambil yang jernih dan sama-sama melupakan perselisihan, kemudian mereka sentiasa pula duduk bersama-sama dalam satu jamaah di masjid, maka tentunya nanti kebahgiaan yang di rasakan adalah ibarat sudah berada di dalam syurga.

Inilah syurga dunia yang diceritakan oleh ulama-ulama itu. Barang siapa yang tidak merasakannya di dunia, maka sukar baginya untuk merasakannya di akhirat. Semoga kita akan menjadi golongan yang selamat itu. Dan semoga bermanfaat. Aaamiin.

Ahad, 4 Mac 2012

Big Bang Di Dalam al-Qur'an




30.
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ




Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام على من اتبع الهدى

Di antara ayat-ayat Allah cukup menakjubkan dan yang cukup jelas dan amat mudah dijumpai di dalam al-Qur'an ialah ayat yang sedang kita bicarakan ini. Ia terletak di dalam ayat 30 Surah al-Anbiya.

Ayat ini baru difahami dengan kefahaman yang sebenar-benarnya dan mendebarkan dada-dada orang yang beriman.

Ia amat difahami bermula dari penghujung abad ke 20. Bahkan ketika ini di dalam abad ke 21 ianya masih lagi menjadi kajian pakar-pakar sains.

Ayat yang amat menakjubkan ini menceritakan bagaimana keadaan bumi dan langit sebelum terjadi big bang dan selepas kejadian big bang itu sendiri. Yang mana sebelum kejadian big bang bumi dan langit semua bersatu dalam satu kumpulan. Setelah big bang terjadi, ianya berpecah-pecah dan bertaburan kesemua arah dan masih bergerak menjauh sehingga hari ini dari tempat asalnya

Apa yang amat menakjubkan iitu ialah, bagaimanakah kitab al-Qur'an boleh menceritakan perkara ini dengan jelas tanpa ragu. Sedangkan ilmu mengenai big bang ini hanya baru dijumpai di akhir kurun ke 20 sahaja. Manakala kitab al-Qur'an telah diturunkan sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu. Selain itu keterangan mengenai big bang tidak terdapat dalam kitab-kitab Taurat, Inzil dan Zabur.

Perkara ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw bukanlah mencedok mana-mana ajaran dari ugama-ugama lain. Bahkan perkara ini juga menunjukkan bahawa Kitab al-Qur'an itu adalah kitab wahyu yang benar yang diturunkan oleh Allah swt. Kemudian ia juga menunjukkan bahawa kitab al-Qur'an mempunyai berbagai-bagai lagi Ilmu yang belum dapat difahami oleh manusia. Dan Allah swt akan menerangkannya kepada manusia peringkat demi peringkat. Masa demi masa menurut keupayaan manusia itu sendiri memahami keadaan. Dan Allah swt tidak menurunkannya untuk manusia melainkan dengan kadar yang kecil dan diketahui oleh Allah swt jua banyaknya.

Firman Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 21:

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ



Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.






Rabu, 29 Februari 2012

Bagaimana Mempertingkatkan Keimanan?





As-Salamu 'Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Bismillah: Iman boleh didapati dari berbagai cara.

1. Dari Ilmu yang dibaca dari kitab dan dari mendengar penjelasan ulama. Rajin-rajinlah membaca dan mendengar ceramah untuk menaikkan keimanan kita.

2. Dari Ilham yang diberikan oleh Allah swt setelah bersendirian dan berfikir. Rajin-rajinlah berfikir terhadap keesaan dan keagunganNYa. Ianya akan memberikan keyakinan yang mantap.

3. Dari zikir dan amalan yang selalu diamalkan sehingga menimbulkan rasa cinta kepada zikir dan amalan tersebut. Zikir ini perlu sentiasa di mulut-mulut sehingga kita akan terasa khusyuk dan bergetar hati bila menyebutnya.

4. Dengan berdoa kepada Allah swt agar iman kita, iman keluarga kita, iman kawan-kawan kita dan iman semua rakyat dan umat Islam dikuatkan oleh Alllah swt iman semuanya dan berkat kehadiran seorang wali Allah swt. yang mendoakan kita.

Kadang-kadang, sesuatu keyakinan kita perolehi tanpa sebarang ilmu tambahan dan tanpa sebarang ilham maupun zikir. Mungkin ia berkat doa seseorang. Dan mungkin kaum keluarga dan sahabat handai kita juga memerlukan doa kita. Maka rajin-rajinlah berdoa untuk diri dan semuanya agar iman kita dikuatkan oleh Allah swt.

5. Dengan berkat sesuatu tempat seperti masjid yang kita solat di dalamnya dan masjid itu mendoakan kita. Berkat amalan kita baik yang kemudian kita mendapat doa dari malaikat. Pergilah kerumah Allah setiap waktu solat fardhu, nescaya Iman kita akan bertambah.

6. Iman juga boleh meningkat dengan bergaul dengan orang-orang soleh, dan boleh meningkat dengan tingginya bila kita menemukan keajaiban-keajaiban alam makhluk ciptaan Allah swt. Seperti kita melihat gambar yang saya buatkan icon Facebook ini,




Ataupun kita melihat pesakit-pesakit dapat sembuh lebih baik dari rawatan doktor dengan hanya mendapat rawatan dari pengamal perubatan Islam seperti Darusysyifa Warrafahah.



Semoga Iman kita sentiasa bertambah. Aaamiiin.